Sekumpulan kakitangan Berjaya tak gembira tukar pakaian rasmi kepada batik, libatkan kos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polisi baru yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corporation Bhd (BCorp), Abdul Jalil Abdul Rasheed agar seramai lebih 20,000 kakitangannya menggantikan pakaian korporat kepada batik, mengundang keresahan segelintir pekerjanya.

Sekumpulan pekerja BCorp yang enggan dikenali memberitahu Suara.tv bahawa mereka kurang senang dengan penukaran pakaian rasmi kepada batik kerana kekangan kewangan.

Mereka sebaliknya berharap batik tidak dijadikan pakaian rasmi syarikat konglomerat itu tetapi sekadar pilihan (opsyen).

Mereka tidak gembira dengan pengumuman baru CEO BCorp tersebut berhubung arahan penukaran pakaian rasmi kepada batik kerana menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kos baru untuk pakaian kerja setiap hari ditambah pula ekonomi negara sedang dihimpit pandemik Covid-19.

Awal hari ini Abdul Jalil di Twitternya mengumumkan Berjaya Corp dan seluruh anak syarikat kumpulan itu bakal menukar pakaian rasmi mereka kepada pemakaian batik.

Katanya, hal ini bermaksud semua kakitangan sama ada lelaki dan perempuan digalakkan memakai batik setiap hari ke pejabat.

Kata Abdul Jalil polisi baru mengenakan batik ini bertujuan mempromosikan budaya batik tempatan malah ia juga dapat membantu industri kecil perusahaan batik lokal.

Beliau juga berharap syarikat lain juga melakukan inisiatif sama bagi merancakkan perusahaan batik tempatan.

Sumber gambar: Internet

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat