Audio Zahid-Anwar tanda ‘jajaran baru politik’, PAS tetap pilih PN – Presiden PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebaran klip audio yang didakwa membabitkan perbualan telefon mirip Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tanda-tanda jajaran politik baru yang ditolak PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika mengulas sama ada rakaman audio itu tulen ataupun tidak.

“Itu sebahagian daripada jajaran baru. Jajaran baru sudah diumumkan (sebelum ini), itu tanda-tanda jajaran baru,” katanya memetik Malaysiakini ketika ditemui media di Rusila, hari ini.

Ditanya sekiranya PAS akan terus bekerjasama dengan UMNO jika rakan sekutunya mewujudkan jajaran baru bersama PKR.

Dalam jawapannya, Abdul Hadi memberi bayangan yang parti itu tidak akan bersama UMNO dan akan kekal bersama Perikatan Nasional (PN).

“Kita terus dengan PN. Kita tolak jajaran baru, tidak akan terima jajaran baru,” ujar Abdul Hadi.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata sama ada audio berkenaan tulen atau sebaiknya bukanlah isu besar.

“Tulen tak tulen saya tak tahu, cukup masyarakat menilai tulen tak tulen,” katanya lagi.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata PAS telah memulakan perbincangan mengenai agihan kerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Katanya, perbincangan dengan Umno buat masa ini tertangguh sehingga parti itu menyelesaikan kemelut dalamannya.

“Kita sudah buat keputusan, kepimpinan kita sudah melaksanakan tugas itu (rundingan kerusi dengan Bersatu) saya serah pada mereka.

“(Rundingan dengan UMNO) kita akan melihat perkembangan selanjutnya kerana dalam UMNO sendiri pun tidak sekata,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat