Pasangan Suami Isteri Ditemui Mati Bunuh Diri, Tinggal Nota Untuk Keluarga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri ditemukan mati dengan meninggalkan nota kepada keluarganya selepas membakar arang di dalam bilik, menutup pintu dan tingkap sebelum tidur di rumah sewa di Jalan Medang Serai, Bangsar, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima maklumat itu pada 12.33 tengah hari selepas seorang lelaki berusia 27 tahun membuat laporan polis mengenai kematian lelaki berusia 46 tahun dan isterinya warga Thailand, 38.

Menurutnya, pengadu adalah ejen hartanah dan menelefon mangsa beberapa kali namun panggilan tidak dijawab sebelum ke rumah terbabit selepas mendapatkan kunci daripada pemiliknya, pada 11 pagi.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah teres tiga tingkat itu mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik tidur.

“Dia terus menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan dan membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuar berkata, rumah itu disewa menggunakan platform dalam talian bagi tujuan sewaan oleh mangsa pada 6 April lalu yang mana mereka sudah berkahwin sejak 2018.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati pasangan ini membakar arang di dalam bilik, menutup pintu dan tingkap sebelum terus tidur.

“Pegawai Perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan kedua-dua mangsa dijangka meninggal dunia antara jam 6 hingga 7 pagi,” katanya.

Beliau berkata, turut dijumpai di tempat kejadian adalah satu nota yang ditulis mangsa untuk keluarga mereka.

“Menurut seorang saksi yang juga kenalan rapat mangsa, pasangan ini tidak pernah berkongsi apa-apa masalah yang mereka hadapi dan tidak mempunyai musuh.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah di dalam kes ini dan mayat dibawa ke PPUM untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat