KKM Timbang Cadangan Beri Keutamaan Vaksin Kepada Penderma Darah – Dr Adham

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan cadangan untuk memberi keutamaan kepada penderma darah lebih 50 kali bagi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata KKM akan membawa cadangan itu kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

“Ia cadangan yang baik dan sebagai insentif kepada penderma darah di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Darah Negara (PDN) di sini hari ini.

Baru-baru ini, terdapat cadangan daripada penderma darah supaya mereka diberi keutamaan dalam pemberian vaksin COVID-19.

Sementara itu, Dr Adham berkata sebanyak 652,671 beg darah didermakan di seluruh negara pada tahun lepas, turun 12.3 peratus berbanding 2019 akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, Dr Adham berkata stok bekalan darah di seluruh negara masih mencukupi setakat ini.

Beliau berkata KKM sedang mengkaji keperluan untuk mengkomersialkan Sistem Pengurusan Bank Darah yang dibangunkan oleh PDN kepada pihak swasta dan ke luar negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata sistem tersebut meliputi data penderma darah dan pelbagai aspek bekalan stok darah termasuk keperluan kumpulan darah, pendaftaran penderma dan kakitangan PDN.

Selain itu, beliau berkata PDN akan melanjutkan operasinya sehingga malam menjelang Ramadan supaya dapat memproses darah yang diderma dan sepanjang bulan puasa bagi penderma darah khususnya umat Islam menderma darah selepas berbuka puasa.

Penganjur kempen derma darah juga, katanya masih boleh terus menganjurkan kempen pada bulan Ramadan yang bermula minggu hadapan kerana bekalan darah dijangka berkurangan. – Bernama

Topik Hangat

Lantangnya Suara Seorang Gadis

Oleh: Zuraida Kamaruddin Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan seorang pelajar sekolah bernama Ain Husniza Saiful Nizam (17 tahun) tentang terdapat seorang guru disekolahnya...

Tak guna ada PM popular tapi rekod buruk – Ku Li

KUALA LUMPUR - Negara perlukan Perdana Menteri yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan bukannya wajib memilih Presiden UMNO untuk isi jawatan nombor satu itu. Pengerusi...

Tular Video Peniaga Melutut Rayu Bertemu MB Kedah Bertujuan Tidak Baik – Afnan Hamimi

ALOR SETAR - Penularan klip video memaparkan seorang lelaki yang didakwa melutut dan merayu untuk bertemu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagi meluahkan...

Berita Berkaitan

Benar Kata Zuraida, DAP Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Cuba Mengajar UMNO.

Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Hari ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyelar kenyataan Pengerusi DAP Johor, YB...

Kelonggaran Awal Ketika PKP 2.0 Mungkin Punca Peningkatan Kes Covid – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi kelonggaran yang terlalu awal terhadap beberapa sektor ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,...

Malaysia Kutuk Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

UALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza semalam yang telah mengakibatkan kematian dan kecederaan...