Anak Zahid lepas jawatan SME Corp, berkias jawatan yang dipilih dalam pemilihan wajib dipertahankan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Anak sulung Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai Ahli Perbadanan SME Corp berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan Nurulhidayah menerusi laman Instagramnya sebentar tadi, termasuk memuat naik gambar surat peletakkan jawatannya dalam hantaran sama.

Nurulhidayah dalam kapsyennya, berkata jawatan berkenaan adalah dilantik dan beliau melepaskannya secara sukarela.

“Jawatan yang dilantik saya sukarela lepaskan.

“Jawatan yang dipilih atas pemilihan yang sah wajib dipertahankan. Soalan saya, siapa yang tidak ada ‘telur’ sekarang?” tulisnya.

Kenyataan Nurulhidayah itu dipercayai merujuk jawatan Presiden UMNO yang disandang bapanya susulan desakan pihak tertentu yang meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur.

Surat bertarikh 6 April kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakkan jawatan berkenaan.

Terdahulu, Nurulhidayah berkata, kapsyen gambar dalam hantaran berkenaan tidak ada kena mengena dengan penampilannya yang kini berpurdah.

“Kapsyen saya tidak ada kena mengena dengan penampilan saya dan mereka yang ‘se-fashion’ dengan saya. Berani kerana benar.

“Ya Allah, jika bukan tempat ku di SME Corp untuk membantu orang ramai, berikan aku jalan dan kecukupan untuk aku membantu mereka yang susah dan memerlukan.

“Yaa Allah, bantu aku yaa Allah agar aku mampu membantu lebih ramai orang yang memerlukan. Aaminn Yaa Rabb,” katanya.

Menjawab komen pengikut Instagramnya yang menyifatkan tindakan beliau sebagai jati diri anak seorang pejuang, Nurulhidayah berkata, ini kerana beliau mempunyai ‘telur’.

“Saya perempuan yang ada telur, telur saya sangat banyak tersimpan di dalam ovari. Telur tu namanya Ovum.

“So kenapa perempuan lebih berani? sebab telor perempuan lebih daripada dua. Saya harap ia menjawab kepada pihak yang mempunyai tanggapan liar,” katanya.

Nurulhidayah dilantik sebagai Ahli Perbadanan SME Corp iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC) pada Januari lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat