Bina Negara Palestin di Arab Saudi – Netanyahu

- Advertisement -

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mencadangkan agar Arab Saudi menubuhkan negara Palestin di tanahnya sendiri sebagai ganti kepada tuntutan penubuhan negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Dalam wawancara bersama Channel 14 Israel, Netanyahu secara terbuka menolak syarat yang dikemukakan Riyadh untuk menormalkan hubungan diplomatik dengan Israel.

“Saudi boleh menubuhkan negara Palestin di Arab Saudi; mereka mempunyai banyak tanah di sana,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sebuah negara Palestin akan menjadi ancaman keselamatan kepada Israel.

“Selepas 7 Oktober? Anda tahu apa yang berlaku? Gaza dipimpin oleh Hamas, ia merupakan sebuah ‘negara Palestin’, dan lihat apa yang terjadi,” katanya merujuk kepada konflik yang tercetus pada tarikh tersebut.

Walaupun Netanyahu yakin perjanjian damai antara Israel dan Arab Saudi adalah sesuatu yang boleh direalisasikan, kenyataannya bercanggah dengan pendirian rasmi Riyadh.

Putera Mahkota Mohammed Bin Salman dan Kementerian Luar Negeri Arab Saudi berulang kali menegaskan bahawa syarat utama bagi sebarang perjanjian normalisasi adalah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Netanyahu turut mendedahkan bahawa Israel telah menjalankan rundingan rahsia dengan Arab Saudi selama tiga tahun, namun menegaskan bahawa beliau tidak akan menandatangani sebarang perjanjian yang boleh membahayakan keselamatan Israel.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan Netanyahu, Kementerian Luar Negeri Arab Saudi minggu lalu menegaskan bahawa pendirian mereka berhubung penubuhan negara Palestin adalah tegas dan tidak akan berubah.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Putera Mahkota Mohammed Bin Salman telah menyampaikan perkara tersebut dengan jelas kepada pentadbiran Amerika Syarikat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat