KOTA KINABALU, 9 Februari – Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Sabahan (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar, menyatakan bahawa pihaknya menyambut baik cadangan peguam Chin Tek Ming untuk memanggil Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, bagi memberi keterangan dalam pengurusan kes saman melibatkan Sabah Mineral Management (SMM) dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SMM, Jontih Enggihon.
Menurut Zulkarnain, Chin yang juga merupakan pemimpin Parti Warisan Sabah dan peguam kepada Jontih, bercadang memanggil lebih 20 individu termasuk Hajiji dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang terlibat bagi membantu siasatan di mahkamah.
“Sebagai pihak yang turut melaporkan kes penipuan SMM oleh Jontih dan Datuk Albert Tei kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami di G57 yakin bahawa Hajiji dan seluruh Adun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa bersedia untuk hadir ke mahkamah bagi membersihkan nama mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zulkarnain turut mendakwa bahawa SMM memiliki bukti kukuh mengenai salah laku semasa Jontih memegang jawatan