100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

- Advertisement -

Oleh: Ahmad Fansuri Mohamad Nasir

Mengambil alih pentadbiran kerajaan Malaysia ketika situasi politik negara agak panas dan negara seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 bukan mudah bagi Ismail Sabri Yaakob.

‘Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Dipikul’ oleh Perdana Menteri ke-9 ini. Tetapi, demi melihat negara ini berada dalam landasan yang betul, Ismail Sabri mengambil tanggungjawab yang besar ini bagi memastikan kestabilan politik kembali stabil, negara diurus dengan baik walaupun pandemik ini telah mengugat ekonomi negara dan rakyat.

‘Kebersamaan’ itulah yang diungkap oleh Perdana Menteri. Dalam negara yang pelbagai bangsa dan agama ini, kebersamaan bagi mempastikan semua rakyat diutamakan tanpa dipinggirkan. Erti kata kerajaan tidak akan meminggirkan rakyat dari segi bantuan, hak pendidikan, kehidupan, dan banyak lagi.

Hari ini, keluarga Malaysia menjadi siulan rakyat Malaysia. Di mana-mana sahaja konsep Keluarga Malaysia ini menjadi perbualan ramai.

Apabila PM Ismail Sabri membawa konsep Keluarga Malaysia ini, nampak beliau sangat serius untuk melihat rakyat di negara ini hidup dalam sebuah keluarga yang saling hormat menghormati, sayang menyayangi. Kita tanpa keluarga hidup tak bermakna, begitu juga negara, jika maju dan hebat sekali mana pun negara itu, jika rakyat rasis, bertelagah, bergaduh setiap masa, maka kestabilan negara akan haru biru.

Tidak hanya pada rakyat, Ismail Sabri juga berani menongkah arus untuk membuat MOU Persefahaman Politik demi mestabilkan suhu politik negara. Beliau bersama pembangkang bersepakat untuk tidak memainkan isu politik bagi mempastikan kerajaan dapat memfokuskan isu bagi menstabilkan negara dan mengurus pandemik Covid-19 dengan lebih berkesan. Bak kata beliau “biarlah politik itu ketika PRU15’ nanti.

Bantuan untuk rakyat diteruskan bagi mempastikan rakyat terus dapat makan dan menjalani kehidupan. Begitu prihatinnya kerajaan Ismail Sabri kepada rakyatnya.

Ketika isu kenaikkan harga barang menjadi panas, Perdana Menteri juga telah membuat pengumuman dengan memberi kebenaran mengimport ayam bulat bersifat sementara (temporary measure) untuk menampung kekurangan bekalan ayam di pasaran, dan Memperuntukkan RM262 juta bagi membantu peladang dan petani yang terjejas akibat kenaikan harga baja dan racun.

Melalui Bajet 2022, Kerajaan telah memperuntukkan 31 bilion ringgit dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif, ini termasuklah pemberian subsidi petrol RON95 dan diesel, serta minyak masak dan tepung. Sebagai contoh, Bajet 2022 telah memperuntukkan 200 juta ringgit untuk membantu mengurangkan harga barang keperluan penduduk luar bandar, dan 400 juta ringgit untuk menstabilkan harga minyak masak.

Dan yang paling serius Perdana Menteri ingin melihat kerajaan berjalan dengan baik, kesemua prestasi Menteri dinilai dalam 100 hari.

Dengan tegas, Menteri yang tidak ‘perform’ akan diganti dengan yang lain. Itulah sikap Perdana Menteri, dalam kelembutan beliau, hal kerja beliau begitu tegas bagi mempastikan Menteri tidak menjalankan kerja dengan sambil lewa.

Tahniah Perdana Menteri Ismail Sabri, 100 hari ini banyak berlaku perubahan. Ini semua atas semangat Keluarga Malaysia. Negara sekarang dilandasan betul di bawah Ismail Sabri Yaakob dan pasukannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat