JASA bukan senjata propaganda, kini berfungsi dengar rintihan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak lagi akan menjadi unit propaganda seperti fungsinya sebelum ini.

Keyakinan itu dilontarkan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang turut menegaskan era Jasa dijadikan senjata propaganda kerajaan sudah berakhir.

“Jasa adalah Jabatan Hal Ehwal Khas yang mana peranannya berubah mengikut situasi semasa. Saya difahamkan bahawa niat kerajaan setakat ini adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat, dan pada masa yang sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan. Bukan untuk propaganda seperti dulu. Era itu sudah berakhir.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh jadi seperti kerajaan sebelum ini yang langsung tidak mendengar rintihan rakyat terbanyak.

“Akibatnya Pakatan Harapan (PH) dahulu gagal memahami bahawa rakyat mahukan bantuan kos sara hidup, bantuan perniagaan, peluang pekerjaan, dan lain-lain insentif untuk kehidupan sempurna. Itulah akibatnya apabila sesebuah kerajaan seperti PH mendengar suara rakyat,”catatnya di Facebook, hari ini.

Justeru, Wan Saiful mengingatkan supaya PN tidak mencontohi PH yang gagal mendengar keluh kesah rakyat.

“PN jangan jadi begitu, jika perlu pelaburan teknologi baru untuk menggarap permintaan rakyat, maka kita patut buat agar tawaran dan inisiatif kerajaan sentiasa tepat dengan keperluan rakyat.
“Pada waktu yang sama, pegawai-pegawai yang dilantik mestilah yang berkelayakan dan berkebolehan. Jangan yang tak layak dilantik juga. Jika kita buat begitu, pasti rakyat akan bersetuju.

Kita jangan tertipu dengan percubaan pembangkang melarikan perhatian daripada belanjawan prihatin yang penuh dengan inisiatif-inisiatif yang baik ini dan jangan juga kita ikut sama dalam propaganda mereka,” tegas beliau.

Bahkan Wan Saiful menambah, menurutnya perbahasan mengenai Jasa telah dieksploitasi untuk melarikan pandangan rakyat sedangkan katanya, hakikatnya Belanjawan 2021 adalah satu belanjawan yang prihatin rakyat dan bermatlamatkan mahu membantu segenap lapisan masyarakat.

“ Tetapi begitu banyak fokus sengaja ditumpukan kepada memesongkan isu Jasa, kerana tidak banyak isu lain boleh dimainkan.

“Saya difahamkan Kementerian Komunikasi akan memberikan penjelasan lebih mendalam mengenai isu ini. Sementara itu, tak perlulah kita menari mengikut rentak pihak-pihak yang sentiasa mencari kesempatan untuk membangkang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat