Ini Helikopter Yang Terhempas Di Taman Melawati

- Advertisement -

Dua helikopter yang terhempas akibat bertembung dekat Taman Melawati itu adalah dari jenis Guimbal Capri G2 buatan Perancis, dengan nombor pendaftaran 9M-HCA & 9M-HCB.

Punca kejadian masih disiasat namun apa yang kita tahu adalah 9M-HCB melakukan pendaratan cemas di kawasan semak di mana juruterbang dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang terkorban adalah Mohamed Sabri Baharom dan Mohd Irfan Rawi.

Sementara, sebuah lagi helikopter, 9M-HCA berjaya melakukan pendaratan cemas yang menyaksikan juruterbang dan penumpang selamat.

Kedua-dua helikopter itu bertembung di udara sebelum terhempas.

 

 

Laporan Astro AWANI menyebut salah seorang yang terselamat dari helikopter 9M-HCA ialah bekas ketua pegawai eksekutif MAS, Kapten Ahmad Jauhari Yahya.

Dua mangsa yang terkorban adalah Mohd Sabri Baharom dan Mohd Irfan Mohamed Rawi.

Mereka dalam penerbangan dari Subang ke Genting Sempah.

Helikopter ringan Cabri G2 itu dilengkapi dengan kipas tiga bilah dan mampu terbang berterusan selama empat setengah jam.

Pada 5 Oktober 2018, pemilik helikopter itu, MY Heli Club berkongsi tweet dengan gambar unboxing, dipercayai kedua-dua helikopter yang ditimpa malang tersebut.

Menurut laporan New Straits Times dua tahun lepas, MY Heli Club yang diterajui presidennya, Datuk Ahmad Jauhari Yahya, menawarkan pensijilan juruterbang helikopter dengan harga yang berpatutan.

Kelab tersebut didaftar di bawah ROS berpangkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Ahmad Jauhari merupakan bekas ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airlines.

 

 

Ahli-ahli kelab terdiri daripada kapten-kapten senior dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan pengajar yang mempunyai sijil pengiktirafan keselamatan dari Agensi Keselamatan Kesatuan Eropah.

Ini merupakan insiden pertama melibatkan pelanggaran dua helikopter model ini di udara.

Namun, pada 2017, Cabri G2 pernah bertembung dengan kapal terbang ringan, Cessna 152 pada 17 November 2017 di United Kingdom, mengorbankan empat orang, dua dari Cabri dan dua lagi Cessna, yang sedang melakukan latihan penerbangan.

Dua lagi insiden Cabri G2 terhempas dilaporkan pada 2019 di Amerika Syarikat dan satu lagi kejadian berlaku pada 21 Januari tahun ini juga di Amerika apabila seorang pelatih hilang kawalan tetapi berjaya mendarat dengan selamat.

– RancakTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,547FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat