PM seru cari pasaran baru yang belum diteroka, pelbagaikan industri halal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa syarikat Malaysia mencari keunikan sendiri dan mencari pasaran yang belum diterokai.

Beliau malah mencadangkan syarikat Malaysia supaya mempertimbangkan keperluan untuk mengubahsuai usaha penjenamaan dan promosi anda dalam mengakses pasaran baharu.

“Kita perlu cekal dan berdaya saing. Inilah masanya bagi kita untuk “Mempelbagaikan Potensi Halal”, seru Perdana Menteri ketika merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia edisi ke-18, MIHAS 2022 pada Khamis.

Menurut beliau, kini lebih 8,000 syarikat di Malaysia diiktiraf Halal, di mana lebih 20 peratus daripadanya adalah syarikat pengeksport.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut bekerjasama dengan badan pensijilan halal dari pelbagai negara untuk keseragaman piawaian dalam pematuhan kepada Undang-undang Syariah.

“Antara inisiatif untuk memudahkan pertumbuhan industri Halal Malaysia ialah penubuhan ‘Halal Malaysia Industrial Parks’ yang merupakan Hab Halal dunia terbesar meliputi kawasan seluas 200,000 ekar di 14 Taman Halal strategik yang telah menerima status Halal Malaysia (HALMAS)
daripada HDC.

“Setiap Taman Halal ini menawarkan fasiliti infrastruktur yang bertaraf dunia, tenaga kerja berkemahiran, kemudahan menjalankan perniagaan, akses mendapatkan ramuan halal, serta insentif menarik daripada kerajaan Malaysia yang sentiasa menggalakkan pembangunan halal.

“Sejumlah 295 syarikat kini beroperasi di 22 Taman Halal di seluruh Malaysia, termasuk 42 syarikat multinasional,” katanya.

Sehingga kini, Ismail Sabri berkata Taman Halal telah menarik jumlah pelaburan terkumpul lebih daripada RM16 bilion, di mana RM9.5 bilion atau 59 peratus dari jumlah ini adalah pelaburan langsung asing (FDI).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat