PAS nafi keluarkan sepanduk, risalah ‘tunggang agama’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS menafikan tuduhan mengeluarkan risalah dan sepanduk ‘menunggang agama’ seperti ditularkan di media sosial kononnya undi PAS akan memastikan seseorang itu masuk syurga.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendesak ‘lawan’ politik PAS untuk berhujah menggunakan fakta, bukannya maklumat saraf dan palsu.

Dalam ciapan Twitter Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming beliau berkongsi imej sepanduk yang mencatat “Biarlah mereka tentukan BR1M, kita tentukan anda ke syurga, undilah PAS anda pasti ke syurga” dan satu lagi risalah, “PAS Negeri Pahang mengucapkan selamat mengundi kepada warga DUN Kerdau”.

Susulan imej itu, Kor Ming mendakwa PAS menggunakan agama untuk kepentingan peribadi, jangan diperbodohkan oleh mereka.

Pun begitu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menegaskan bahawa PAS tidak pernah mengeluarkan risalah-risalah dan sependuk seperti dikongsi Kor Ming.

“Nak berlawan, lawanlah secara gentleman, hujah dan fakta, bukan guna maklumat saraf dan palsu seperti ini,” bidasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat