Melodi tercipta ketika ‘patah hati’

- Advertisement -

LAGU Pedih yang dilancarkan pada 21 Ogos lalu membawa cerita tersendiri buat penyanyi Aidil Maula.

Ia kerana karya itu terhasil selepas enam tahun Aidil menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penyanyi dan komposer serentak.

Aidil, 26, yang berasal dari Johor Bahru berkata, penghasilan lagu ini tercetus apabila dia bercerita pengalaman sedih hidupnya kepada rakannya Adry.

“Malam itu, kami adakan satu sesi luah perasaan. Macam-macam cerita saya luahkan. Kebetulan Adry pandai main piano ‘by heart’.

“Dia tiba-tiba kata, jom kita buat lagu. Saya yang ketika itu patah hati minta dia tekan nota lagu dan akan ikut dengan melodi.

“Tiga kali jumpa, lagu itu terus siap termasuk liriknya yang saya buat. Itu cara kami bekerja,” katanya mengulas peristiwa tiga tahun lalu.

Seterusnya, Aidil, bekas arkitek dan pereka hiasan dalaman yang kini bekerja di sebuah agensi perkhidmatan latihan di Kuala Lumpur mula memikirkan cara untuk memasarkan pula.

“Memang saya bercita-cita nak jadi penyanyi sejak dari kanak-kanak lagi. Ketika di sekolah, saya sudah sertai teater dan persembahan kecil.

“Prosesnya bermula dari sekolah rendah, menengah sehinggalah zaman universiti kerana saya juga menyertai kelab muzik di Taylor’s University, Subang.

“Namun saya tiada cara dan haluan untuk ketengahkan lagu ini buat perkongsian kepada pendengar,” katanya.

Mujurlah bantuan dan semangat daripada penyanyi Indah Ruhaila, menjadi pembakar semangat untuk Aidil terus mencuba.

“Saya dengarkan lagu ini kepadanya (Indah) dan dia kata boleh diketengahkan. Dia janji untuk perkenalkan individu yang boleh membantu saya

“Dia perkenalkan saya dengan Liza, yang kini bergelar pengurus saya dan syukurlah apa yang diimpikan akhirnya jadi kenyataan.

“Kami kemudian dapatkan khidmat ‘arranger’ Rafik Koncept dari The Koncept Lab untuk sama-sama menyiapkan lagu ini,” katanya.

 

BERCITA-cita menjadi penyanyi sejak zaman kanak-kanak lagi.
BERCITA-cita menjadi penyanyi sejak zaman kanak-kanak lagi.

 

Aidil yang memilih imej kemas dan berketerampilan moden berkata, dia selesa membawakan lagu bergenre balada dan dengan suntikan moden.

“Saya menjadikan penyanyi Indonesia, Gamaliel dan Afgan sebagai idola. Gamaliel seorang yang sangat kreatif dan minimalis.

“Saya sangat sukakan cara persembahannya. Lagu Pedih disiapkan pada Januari tapi disebabkan Covid-19 saya hanya duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sekarang baharulah kita dapat aktif semula dan saya pilih lancarkan lagu Pedih pada Ogos kerana ia bulan yang istimewa iaitu saya dilahirkan pada 24 Ogos,” katanya turut menyertai kelas vokal bersama Adeep Nahar.

Pengedaran muzik digital lagu ini dibuat oleh Believe Digital Distribution, manakala syarikat pengeluar dan penyedia produk teknologi, Edifier Malaysia pula berminat untuk kerjasama.

Dalam pada itu, Aidil yang pernah menyertai Akademi Fantasia 2016 dan bertahan sehingga minggu keempat, tidak berselindung melahirkan hasrat untuk menyertai Big Stage pula.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat