Main futsal sambil beramal

- Advertisement -

OBJEKTIF utama yang pasti untuk menyuntik semangat kemerdekaan. Namun, pada masa sama, ia juga untuk membantu bekas penyerang bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus.

Itulah perkongsian tujuan penganjuran Futsal Santai Merdeka anjuran pelakon Azad Jasmin yang berlangsung di Setapak baru-baru ini.

Azad berkata, dia sudah lama merancang untuk menyatukan golongan artis di gelanggang futsal sebagai satu aktiviti riadah sihat.

“Abang ipar saya, Megat Amir Faizal pernah bermain untuk Skuad Olimpik 2000 dan dari situ, saya kenal dengan Khalid dan beberapa pemain lain.

“Jadi, saya ambil inisiatif gabungkan kedua-dua elemen ini dalam pertandingan terbabit. Meraikan sambutan merdeka dan bantu Khalid.

“Ditambah, Khalid juga diketahui ramai mengalami kesukaran dalam hidup, serta kini menjalankan perniagaan kambing perap. Strategi saya ialah main futsal sambil bantu promosi produk jualannya,” katanya.

 

AKSI Aiman ketika bermain futsal.
AKSI Aiman ketika bermain futsal.

 

Menurut Azad lagi, pihaknya juga pernah menganjurkan konsert di Kedah pada Januari lalu.

“Ini program kedua anjuran saya tapi kali pertama membabitkan futsal. Ia sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan negara.

“Ia bagi mengisi jadual kerana untuk buat program besar saya belum berani lagi. Pada ketika ini. kita pun masih terikat dengan prosedur operasi standard (SOP).

“Bahkan pertandingan yang dibuat hanya membabitkan pemain tanpa penyertaan penonton,” katanya.

Antara pasukan yang menyertai futsal itu ialah Bobbatoxx, Todak, team Da’i, Fama, team JRE (Bigo Star), H Live, Imam Muda dan team Yayasan Ampang.

Manakala barisan artis dan selebriti yang terbabit, pastinya Azad sendiri, Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi, Safwan dan Rizal (kumpulan Sentap), Pablo Amirul, Azmir Raja Lawak, Azmar Zainol, Aiman Tino, Sharif Zero, Zam School of Lawak dan Khalid Jamlus.

“Bobba Toxx bekerjasama dengan Todak Sdn Bhd menganjurkan pertandingan ini dengan tanggungjawab bersama membuat ‘kandungan siaran’ untuk dipaparkan di Bobba Toxx dan Todak TV.

“Ia sesuatu yang baik dan secara tidak langsung dapat mempromosikan produk kambing perap Khalid dengan jenamanya KHAZAT.

 

 FAREEZ dan Aiman antara artis yang turut beri sokongan bermain futsal.
FAREEZ dan Aiman antara artis yang turut beri sokongan bermain futsal.

 

“Saya juga nak bantu peniaga-peniaga kecil serta mereka yang taja program ini antaranya FAMA, Dapur Kakteh, Sosalai, triple-H, KHAZAT, Nuri Curry Kambing, Maduria, JR Empire dan Ajil PA System,” katanya.

Biarpun santai, Azad tetap menyediakan hadiah istimewa untuk pemenang berjaya termasuk, mewujudkan beberapa kategori lain.

“Futsal Santai Merdeka bermaksud kita kena bebas dari Covid-19 sekarang.

“Perkara sebegini yang saya cuba ketengahkan dalam video nanti. Kami nak tunjukkan ciri-ciri keselamatan yang tetap dipraktikkan untuk jaminan keselamatan dan kesihatan.

“Manakala dari aspek perlawanan pula, berlangsung dengan penuh cerita dan ragam. Ada masa kelakar dan menariknya amat menceriakan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat