Menjawab Tony Pua Dalam Kes Lim Guan Eng

- Advertisement -

(Tulisan di bawah adalah terjemahan bebas daripada artikel “FACT CHECK: Regarding YB Tony Pua’s ‘The Curious Case of the Persecution of Lim Guan Eng’ yang diterbitkan oleh https://chanquiner.com/)

Pemeriksaan Fakta Terhadap Artikel Tony Pua “The Curious Case of the Persecution of Lim Guan Eng” Kes Pendakwaan Pelik Lim Guan Eng.

YB Tony Pua,

1. Pertamanya, dakwaan projek terowong pulau pinang diperolehi melalui melalui tender terbuka adalah tidak benar dan menyesatkan. Projek ini merupakan ‘kurniaan’ melalui Request For Proposal – RFP – (Permintaan Kemukakan Cadangan).

RFP jauh berbeza dengan tender terbuka yang menjemput semua pihak membida projek yang sama dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh Klien. Pembida akan bersaing untuk melihat siapa yang akan berupaya melaksanakan projek dengan spesifikasi yang sama dengan harga paling rendah.

Namun melalui RFP, klien tidak menyediakan apa-apa pelan atau spesifikasi projek. Klien hanya mempunyai idea kasar apa yang mereka mahukan. Apabila RFP dipanggil, semua pembida meletakkan proposal dan tiada satu proposal akan mempunyai isi kandungan yang sama.

Keseluruhan Pelan Pengangkutan Pulau Pinang (Penang Transport Master Plan) adalah RFP dan BUKAN tender terbuka – yang mana orang awam tidak boleh meneliti atau membandingkan proposal tersebut.

RFP ini adalah bersifat perkongsian sektor awam dan swasta (Public-Private Partnership) yang berisiko tinggi berlakunya rasuah.

Menurut Prof Jomo, perkara ini sangat mudah untuk disalah guna kerana tidak direkodkan dan tidak akan tertera di dalam hutang kerajaan. Ia mengilusikan “duit mudah” atau keuntungan.

2. Adalah tidak benar SPRM telah menutup kes ini pada November 2018.

Ini kerana sehingga Mac 2019, semasa PH memerintah, SPRM mengesahkan terdapat 6 kertas siasatan yang masih aktif bagi menyiasat kes terowong ini.

Bagaimanapun, SPRM secara misteri telah menandakan fail siasatan ini sebagai “tiada tindakan lanjut”.

Ini turut mengelirukan Latheefa Koya sehingga beliau mengarahkan siasatan semula pada Julai 2019.

Namun kita tidak tahu kesudahannya, kerana Latheefa pun senyap sunyi selepas itu.

3. Tidak ada satu sen pun yang terlibat?

Tidak semua rasuah ada kaitan dengan pertukaran atau pemindahan dana & wang tunai.

Sudah diketahui umum bahawa biaya kajian kelayakan harus dibayar melalui pertukaran tanah. Ia sebelum ini dilaporkan bernilai RM305 juta, dan laporan itu masih belum dikeluarkan hingga hari ini iaitu selama 7 tahun selepas perjanjian itu ditandatangani.

Pada Januari 2018, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, Lim Hock Seng, mengakui sebanyak RM208 juta telah dibayar hanya untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) dan reka bentuk jalan sahaja.

Pembayaran tersebut dibuat melalui pemindahan dua unit tanah pegangan bebas utama dan eksklusif di Seri Tanjung Pinang kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd – syarikat yang dianugerahkan projek untuk membina terowong dasar laut dan tiga jalan.

Pada Januari 2018 juga, Lim Guan Eng menyatakan kajian kebolehlaksanaan untuk terowong telah 92% siap.

Namun kini Ogos 2019 kajian tersebut masih belum dapat dilihat. Sebaliknya kondominium mewah bernilai RM800 juta dan Wellness City if Dream yang dianggar nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM15 bilion telah muncul di atas tanah yang dijadikan pembayaran kajian terowong tersebut.

Tiada membabitkan satu sen pun konon! konon!

4.  Perlu juga diingatkan siasatan SPRM bukan mensasarkan Lim Guan Eng sahaja.

Semua individu terbabit disoal siasat. Tony menyatakan projek tersebut dinilai oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaa Negari? Betul dan kerana itu Pengerusi Jawatankuasa Danny Law Heng Kiang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu Datuk Seri Farizan Darus turut disoal siasat.

Justeru Lim Guan Eng bukan satu-satunya yang menjadi sasaran. Beberapa orang lain telah dipanggil dan disoal siasat oleh SPRM, bukan hanya Lim Guan Eng sahaja.

Sekiranya projek terowong itu benar-benar bebas dari sebarang bentuk rasuah, mengapa Consortium Zenith Construction Sdn Bhd begitu bersemangat untuk meminta SPRM menutup siasatan mereka terhadap projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion sehingga mereka perlu membayar seorang ‘conman’ RM19 juta untuk ‘menyelesaikannya’?

Malah kita juga tertanya apa sebabnya Lim Guan Eng bersikap begitu baik kepada Consortium Zenith Construction sehingga memberikan mereka projek dan tanah secara percuma?

Misteri ini terungkai pada hari ini (7 Ogos 2020) apabila SPRM mendakwa Lim Guan Eng di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 kerana “meminta rasuah” 10% keuntungan projek daripada Datuk Zarul Ahmad Zulkifli, pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction. Ini sebagai balasan untuk projek-projek tersebut.

Kita akan terus mendengar dari YB Tony dan rakan-rakannya bahawa “tiada satu sen pun dibayar/diterima”. Namun beliau mungkin tidak tahu bahawa Lim Guan Eng tidak didakwa kerana menerima wang suapan; sebaliknya, beliau didakwa kerana meminta wang suapan.

Kami berharap Lim Guan Eng berjuang dengan baik dalam membersihkan namanya, dan semoga para hakim berlaku adil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat