Hina UMNO, Dr Latif Wajar Letak Jawatan

- Advertisement -

EDITORIAL

Kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad, yang menghina UMNO adalah satu tindakan hilang akal dan menunjukkkan kebanyakan menteri dari Bersatu tidak mempunyai kualiti yang diperlukan untuk negara.

Kita tidak faham atas rasional dan keperluan apa untuk seorang Menteri seperti Dr Latif mendakwa “sekarang ini UMNO sudah tidak laku di Sabah.”

Apakah Dr Latif masih dalam khayalan dan tidak sedar kedudukan Presiden Bersatu sebagai Perdana Menteri adalah atas ihsan UMNO yang menyokong kepimpinannya bagi menyelamatkan negara ini dari pandemik Covid-19 dan pandemik DAP?

Kenyataan Dr Latif juga sangat membodohkan diri kerana dalam PRK Parlimen Kimanis Sabah yang lepas, Barisan Nasional yang meletak calon UMNO, Datuk Mohamad Alamin, telah menang dengan majoriti 2,029 undi. Ini merupakan kemenangan dengan majoriti besar berbanding PRU-14 walaupun UMNO meletak muka baharu, menentang parti Warisan yang memerintah Sabah dan PH yang memerintah Persekutuan.

Kita faham tekanan dan bebanan sebagai Ahli Parlimen yang menang atas tiket UMNO dan melompat kepada Bersatu yang kini terpaksa menyerah kerusi tersebut kepada UMNO. Namun itu pilihan politik yang beliau buat.

Namun dalam masa yang sama beliau perlu sedar kedudukan beliau kini sebagai Menteri adalah atas ihsan UMNO yang turut menyokong pembentukan kerajaan ini. Beliau juga patut sedar kemenangan beliau sebagai Ahli Parlimen selama berpenggal-penggal adalah atas tiket UMNO/Barisan Nasional.

Justeru demi menyelamatkan kerajaan PN ini, eloklah Dr Latif memohon maaf atau melepaskan sahaja jawatan Menteri beliau.

Kita boleh menerima jika kritikan dan sindirian tersebut dilakukan oleh mereka yang di luar kabinet. Namun seorang menteri menyerang parti komponen lain yang membentuk kerajaan adalah sangat tidak profesional.

Sejak PRU-14 sehingga sekarang negara ini berhadapan dengan menteri-menteri yang suka membuat kenyataan merepek dan tidak masuk akal, dan kebanyakannya adalah dari Bersatu.

Dalam wawancara tersebut juga beliau dengan bangga menyatakan tiada akaun media sosial, maka tidak peduli apa orang hendak kritik. Ini merupakan kenyataan yang sangat merendahkan imej kabinet Muhyiddin Yassin.

UMNO akan turut terpalit dengan imej negatif jika tidak berusaha membuat perubahan bagi memulihkan imej kabinet negara. Jangan nanti rakyat akan mula mengatakan sama sahaja PH dengan PN. Sama bodoh dan sama bebal.

Kepimpinan UMNO juga tidak harus mendiamkan diri atau akan dilihat sebagai bacul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat