Padah Pandang Rendah Bahaya Covid-19, Presiden Brazil Positif Virus Berkenaan

- Advertisement -

BRAZIL: Presiden Brazil, Jair Bolsorano akhirnya disahkan positif Covid-19 setelah berbulan memandang rendah bahaya virus tersebut.

Presiden berusia lebih 65 tahun itu (kumpulan berisiko tinggi jika terima jangkitan Covid-19), membuat sendiri pengumuman tersebut melalui siaran TV negara berkenaan.

Walaupun seorang Presiden, Bolsorano beberapa kali menyertai perhimpunan membantah langkah para Gabenor mengenakan perintah Lockdown di wilayah yang ditadbir mereka.

Hanya setelah mengesyaki dirinya dijangkiti virus berkenaan baru-baru ini, Bolsorano mula memakai topeng dan menjarakkan diri dari orang ramai.

Langkah itu bagaimanapun disifatkan sudah terlambat bahkan lebih teruk lagi, sikap Bolsorano memandang rendah bahaya virus berkenaan sebelum itu, dikaitkan sebagai punca kenapa Brazil kini menjadi negara kedua di dunia (di belakang Amerika Syarikat) dengan jumlah paling tinggi dari segi jangkitan dan kematian akibat dari Covid-19.

Ironinya, Amerika Syarikat turut mempunyai Presiden yang ada sikap hampir sama dengan Bolsorano tapi setakat ini masih selamat dari jangkitan berkenaan – CNN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat