Krisis makanan berisiko cetus pandemik kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Krisis bekalan makanan ketika ini dikhuatiri bakal menjadi krisis kesihatan, sama seperti pandemik COVID-19.

Pengarah Eksekutif Dana Global untuk Memerangi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria, Peter Sands memberi amaran tersebut susulan perang yang tercetus antara Rusia dan Ukraine.

Dalam temu bual bersama Reuters pada Selasa, beliau menjelaskan, pengurangan bekalan makanan ini berlaku dalam dua situasi.

“Pertama adalah tragedi di mana orang ramai mengalami kebuluran sehingga maut.

“Kedua adalah hakikat yang mana sebilangan besar individu dengan jumlah yang tinggi mengalami kurang nutrisi menjadikan mereka lebih berisiko kepada penyakit sedia ada,” jelasnya.

Ujarnya, usaha untuk meningkatkan kesiapsiagaan wabak tidak seharusnya membuat kesilapan “biasa” dengan hanya mengambil berat mengenai krisis yang menyerupai ancaman terbaharu dunia baru-baru ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 15 juta individu meninggal dunia akibat COVID-19.

Sands turut menggesa agar pelaburan ditambah bagi memperkasakan sistem kesihatan dalam usaha menangani masalah kekurangan bekalan makanan.

Untuk itu, pertubuhan tersebut menyasarkan untuk meraih lebih AS$18 bilion untuk memperkasa sistem kesihatan, melawan tiga penyakit utama dan langkah pembaikan semula susulan pandemik.

Sasaran itu ditingkatkan satu per tiga daripada sasarannya untuk 2024-2026.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat