BN Selangor tamatkan perkhidmatan Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Selangor menamatkan perkhidmatan Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan negeri itu.

Surat bertarikh 3 Jun itu dikemukakan oleh Setiausaha BN Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman.

“Adalah dimaklumkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Selangor telah bersetuju agar perkhidmatan Tuan (Isham) sebagai Ketua Penerangan BN Selangor ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini dibuat melalui perbincangan bersama Pengerusi BN Malaysia (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dengan merujuk kepada Fasal 23 Perlembagaan BN di mana tidak termaktub dan tertera di dalam Perlembagaan bagu Pengerusi Jawatankuasa BN Negeri untuk melantik Ketua Penerangan,” kata Satim dalam surat berkenaan.

Sementara itu, tambah beliau, BN Selangor merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Isham berikan kepada BN Selangor sepanjang menjadi Ketua Penerangan BN Selangor (lantikan).

Untuk rekod Isham yang juga bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Ketua Penerangan BN Selangor pada 31 Mei 2020 menggantikan Datuk Abd Rahman Bakri.

Isham berkata, kepimpinan BN Selangor melantik beliau mengisi jawatan berkenaan menerusi penyerahan surat lantikan.

Isham berkata beliau menerima pelantikan itu dengan hati terbuka dan menyifatkannya sebagai amanah serta kepercayaan yang diletakkan oleh kepimpinan BN Selangor.-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat