Keluarga Malaysia dapat sokongan Gabungan Pertubuhan Cina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia menyatakan sokongan terhadap gagasan Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri semalam menerima kunjungan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia ke pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

“Perbincangan melibatkan banyak perkara termasuk ekonomi, gagasan Keluarga Malaysia dan lain-lain.

“Saya berterima kasih di atas sokongan gabungan terhadap gagasan Keluarga Malaysia.

“Saya meminta gabungan bersama-sama menyokong kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi dan merapatkan hubungan antara kaum dalam menjayakan gagasan Keluarga Malaysia,” catat Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,590FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat