Pemeriksaan Suhu Badan Dimansuhkan Bermula Jumaat Ini – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 hari ini menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk pelanggan di premis akan dimansuhkan bermula Jumaat ini, lapor portal BH.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dengan pemansuhan ini, pemilik premis tidak lagi diwajibkan menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu masuk premis masing-masing. Namun, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.

“Bagaimanapun, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya,” katanya, dipetik dari laporan itu.

Mengulas mengenai pilihan individu terutama warga emas yang tidak mempunyai telefon pintar untuk mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera, beliau menjelaskan, pemansuhan berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan negara bergerak ke hadapan.

“Kalau kita baca buku rekod, macam-macam contengan ada, ini tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. Jadi untuk bergerak ke hadapan lebih balik kita tumpukan tujuh tonggak seperti disebut sebelum ini.

“Kalau kita masih dalam takuk dahulu, pada masa sama kita lihat ke hadapan dengan pendekatan baharu, akhirnya orang akan keliru.

“Jadi suhu badan dan buku itu tidak menjadi pertimbangan kita lagi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat