Anwar Tak Tahu Perintah Negara, Tapi Diperlukan Untuk Jatuhkan Najib, Kata Mahathir

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan cukup yakin dengan pandangannya bahawa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu cara untuk memerintah negara ini.

Memetik Laporan FMT, Dr Mahathir bagaimanapun berkata kerjasama dengan Anwar menerusi Pakatan Harapan (PH) tetap diperlukan untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak pada PRU14 lalu.

Bekas Perdana Menteri ke-7 itu menyentuh beberapa isu tersebut dalam buku terbaharunya, “Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia”, yang dilancarkan hari ini.

Mahathir mempunyai sebab-sebab tersendiri yang membuatkan beliau tidak senang dengan Anwar, tetapi merasakan apa yang Najib sudah lakukan pada negara adalah lebih teruk.

Menurut laporan itu lagi, Mahathir berkata matlamat mereka untuk menjatuhkan Najib seiring dan kerjasama itu membuahkan hasil.

Mengulas janjinya kepada Anwar, Mahathir akui beliau ada berjanji akan berundur sebelum PRU seterusnya, tetapi Anwar secara tidak langsung menekan beliau untuk melepaskan jawatan lebih awal.

Beliau berkata hanya Anwar seorang yang menekan-nekan, kerana pemimpin pembangkang lain tidak memaksa malah memberikan masa kepadanya untuk selesaikan beberapa masalah ‘rumit’.

Mahathir seterusnya mengkritik kebolehan Anwar memimpin dan merasakan Presiden PKR itu tidak tahu memerintah negara berdasarkan pengalamannya yang lalu.

Anwar, katanya, mungkin menganggap dirinya berkebolehan tetapi beliau bukanlah faktor berlakunya rampasan kuasa.

Mahathir akui ada cakap-cakap mengenai membentuk kerajaan Melayu-Islam selepas PH menang PRU dan rampasan kuasa, tetapi menepisnya kerana merasakan ia tak akan boleh dilakukan.

Malah, beliau merasakan anggota Jemaah Menterinya, yang turut dianggotai oleh pemimpin Bersatu, bekerjasama dengan baik, kata laporan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat