BN Sasar Menang 12 Daripada 16 Kerusi DUN Di Zon Utara Johor – Tok Mat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Barisan Nasional (BN) meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya 12 daripada 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada di zon utara Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat).

Memetik laporan Awani, Mohamad Hasan yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN berkata, zon tersebut diberi tumpuan lebih ekoran keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas menyaksikan BN hanya menang dua kerusi DUN sahaja di kawasan itu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, BN masih perlu berhati-hati agar potensi kemenangan dapat dimaksimakan sebaik mungkin, bagi membentuk kerajaan dengan mandat yang mencukupi.

“Di Zon Utara (Johor) itu ada tujuh bahagian (Parlimen), ada 16 DUN. Semasa PRU dulu Barisan cuma menang dua sahaja, daripada 16 kerusi. Ini menjadi keutamaan kepada BN, itu sebabnya kami letakkan bapa angkat heavyweight di zon iaitu Pahang, Perak dan Melaka.

“Supaya Zon Utara ini boleh beri sumbangan lebih banyak kerusi semasa PRN ini. Saya telah mensasarkan letak KPI, daripada 16 kita nak menang 12 kerusi.

“Saya yakin kita boleh menang, kerana jika dikaji juga keputusan PRU ke-14 dulu, kerusinya banyak juga kita kalah tipis, dan ada sebab tertentu, masalah dalaman, dan masalah pemilihan calon ketika itu,” katanya.

Semalam, sewaktu berucap di Majlis Pelancaran Jentera BN Zon Johor Utara semalam, Mohamad memberitahu Jentera BN untuk tidak mengulangi kesilapan lalu, dan perbaiki kesilapan demi kemenangan BN pada PRN Johor ini.

“Jangan ulangi kesilapan kita pada masa-masa lalu. Kalau ini dapat dielakkan dan susun gerak kerja dengan baik, Insya-Allah… tiada siapa yang boleh menghalang kemaraan kebangkitan BN di negeri Johor.

“Jangan bergaduh dengan orang, kita buat kerja senyap-senyap dan buat kerja betul-betul dan yang penting nanti kita boleh menang sekurang-kurangnya 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya ini.

“Saya berharap dan berdoa pada PRN Johor ini zon utara akan lebih cemerlang daripada zon-zon lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat