MEDAC, KPWKM Bekerjasama Perkasa Sosioekonomi Golongan Wanita, B40, OKU

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menjalin kerjasama strategik melalui bidang keusahawanan untuk memperkasakan sosioekonomi golongan wanita, warga emas, B40 dan orang kelainan upaya (OKU).

MEDAC dalam kenyataan hari ini berkata platform francais dan koperasi akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu usahawan daripada golongan sasar ini.

“Platform ini berupaya menyediakan pakej fasilitasi keusahawanan secara menyeluruh merangkumi aspek penjenamaan, pemasaran serta pembiayaan produk dan perkhidmatan usahawan.

“Tambahan pula, platform koperasi dan francais ini dilihat berupaya menjadi platform yang efektif dan efisien dalam menyalurkan bantuan dan bimbingan kepada usahawan yang terlibat,” katanya.

Katanya kerjasama itu juga bertujuan memperkasakan penglibatan wanita dan kumpulan sasar lain seperti warga emas, B40 dan OKU dengan hasrat untuk meningkatkan sosioekonomi kumpulan sasar itu melalui peluang meningkatkan pendapatan dan taraf hidup terutamanya mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Melalui kerjasama antara MEDAC dan KPWKM, pelbagai inisiatif telah dirangka bagi meningkatkan penyertaan wanita terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor informal.

“Inisiatif dirangka untuk memperkasakan penyertaan golongan wanita, warga emas, B40 dan OKU juga telah dicadangkan di antara kedua-dua kementerian melalui 13 bidang kerjasama strategik meliputi aspek latihan dan bimbingan, pembiayaan, akses pasaran dan perkongsian data,” katanya.

Antara cadangan tersebut ialah latihan dan bimbingan kepada peserta 2 Years Exit Programme (2YEP) 2.0; INSKEN Business Coaching dalam bidang Post-Natal Care; latihan dan persijilan bertauliah dalam bidang Elderly Care; pemerkasaan latihan dan bimbingan dalam bidang Child Care; serta program pembangunan usahawan wanita dan pembiayaan perniagaan.

“Kesemua cadangan kerjasama strategik itu akan dimuktamadkan melalui satu Memorandum Persefahaman oleh kedua-dua kementerian,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat