PH Bakal Kecewa Lagi, PAS Tetap Sokong Kerajaan PN Perak – Mohd Zuhdi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak yang didukung parti itu bersama UMNO dan Bersatu akan terus dipertahankan.

Beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS berkata, Pakatan Harapan (PH) bakal kecewa lagi dan cubaan mereka menangguk di air keruh juga akan gagal.

“Saya begitu yakin Kerajaan Perak sedia ada yang didukung oleh PAS, UMNO, Bersatu dan bebas akan terus kekal sehingga PRU ke-15.

“Sebenarnya pimpinan-pimpinan UMNO sudahpun memaklumkan kepada pimpinan-pimpinan parti rakan yang lain, bahawa usaha yang mereka lakukan adalah untuk menukar MB bukannya menumbangkan Kerajaan Perak.

“Saya sendiri sudah diyakinkan oleh rakan-rakan pimpinan UMNO bahawa langkah yang mereka ambil adalah untuk menukarkan MB disebabkan alasan-alasan tertentu, sedangkan Kerajaan Perak di bawah dukungan PAS, UMNO, BERSATU dan bebas adalah kekal,” katanya, dipetik dari kenyataan beliau yang disiarkan portal Harakahdaily.

Menurutnya lagi, isu undi percaya yang menyebabkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tewas dan terpaksa meletakkan jawatan Menteri Besar Perak ternyata telah disalah sangka oleh PH.

“PH menyangka bahawa ikatan PAS, UMNO, Bersatu dan lain-lain parti komponen sudah terlerai, lantaran itu mereka dengan cepat cuba menangguh di air keruh.

“PH sanggup untuk bekerjasama dengan UMNO yang ditohmah serata negara dahulu sebagai kleptokrasi.

“Apa yang berlaku ini adalah pertukaran MB sepertimana peralihan PM daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tahun 2003 yang lalu.

“Malah PAS, UMNO dan Bersatu tetap mendukung agenda penyatuan ummah yang sebenarnya sukar digugat oleh PH,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takyuddin Hassan sebelum ini mengenai pendirian parti itu juga telah disalah tafsir.

“Bekas MB Perak, Ahmad Faizal, sendiri telah memberi komitmen bahawa beliau akan memastikan peralihan kuasa akan berlaku dengan lancar.

“Berikutan dengan itu, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS tidak akan menyertai pembentukan kerajaan baharu, iaitu kerajaan yang selain daripada kerajaan sedia ada dukungan PAS, UMNO, Bersatu dan bebas sebelum ini.

“PH telah memahami secara salah kenyataan Takiyuddin sehingga dilihat peluang menangguk di air keruh,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat