MT UMNO Setuju Saarani Calon MB Perak – Zahidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin mengesahkan Datuk Saarani Mohamad bakal diangkat Menteri Besar Perak yang baru.

Katanya, MT UMNO sepakat menamakan Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang ditolak ADUN Perak.

“Ya betul lah tu, sebulat suara sokong (Saarani),” katanya ringkas ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn, malam ini.

Manakala Saarani yang menjadi sorotan utama media malam ini sekadar memaklumkan penguguman calon Menteri Besar Perak yang baru akan diumumkan esok.

Ketika ditanya “Dah boleh ucap tahniah?”

“Tunggu esok.” kata ADUN Kota Tampan itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan media memberitahu Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO telah membincangkan tentang senario politik negeri Perak.

“Mesyuarat memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak yang melibatkan ADUN UMNO, PAS dan Bersatu perlu dipertahankan.

Difahamkan 31 ADUN telah menandatangani akuan bersumpah (SD) memilih Saarani sebagai Menteri Besar baru.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat