Bersatu Sokong MB Perak Dari UMNO, Nafi Dakwaan Letak Syarat

- Advertisement -

IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menyatakan kesediaan untuk menyokong calon UMNO untuk jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.

Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sokongan itu demi meneruskan khidmat untuk rakyat.

“Kami bekerjasama dengan UMNO dan parti lain di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri lain,” katanya menurut laporan sebuah portal berita hari ini.

Sementara itu, bekas Menteri Besar itu turut menafikan menetapkan syarat supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup dari UMNO, Datuk Shahrul Zaman Yahya perlu dilantik sebagai Menteri Besar jika mahukan sokongan daripada parti itu.

Terdahulu hari ini, Shahrul Zaman menerusi hantaran Facebook menyatakan pencalonan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak dibuat secara sebulat suara.

“Perkara itu sudah pun diputuskan secara konsensus oleh semua ADUN BN Perak,” katanya.

Ahmad Faizal gagal meraih sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat lalu.

Beliau kemudian mengumumkan meletak jawatan menteri besar pada Sabtu.

DUN Perak mempunyai 59 ahli DUN dan sokongan 30 ahli diperlukan bagi mendapat kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

UMNO adalah parti paling banyak kerusi iaitu 25 diikuti DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan Pas (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat