PAS Mahu Jadi Pendamai Jernihkan Hubungan

- Advertisement -

CYBERJAYA – PAS mahu menjalankan peranan sebagai pendamai bagi menjernihkan hubungan antara komponen Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya tidak akan mencetuskan api permusuhan melalui pelbagai tindakan dalam keadaan yang berlaku ketika ini.

“PAS ini kerja dia untuk mendamaikan, bukan untuk mencucuh api permusuhan, kerja kita damaikan… Insya-Allah, (semua) Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAS (akan menghadiri mesyuarat),” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelbagai spekulasi liar yang membayangkan keratakan hubungan antara PAS, UMNO dan Bersatu ekoran krisis politik di Perak.

Terdahulu, Jumaat lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takituddin Hassan berkata parti itu tidak akan menyertai pembentukan kerajaan baru Perak selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu tewas undi percaya.

“Maka selaras dengan keputusan tersebut, PAS Pusat telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu,” kata Takiyuddin.

Susulan kenyataan PAS itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad lalu memberi reaksi balas dengan membayangkan tidak menolak kemungkinan membuat penjajaran semula politik jika gagal mencapai kata sepakat dengan rakan dalam PN.

Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki hari ini menegaskan PAS kekal mempertahankan kerajaan PN Perak yang disertai bersama UMNO dan Bersatu, manakala kenyataan Takiyuddin sebelum ini telah disalah tafsir.

Dr Mohd Zuhdi berkata, kenyataan PAS itu sebenarnya merujuk kepada “PAS tidak akan menyertai pembentukan kerajaan baharu, iaitu kerajaan yang selain daripada kerajaan sedia ada dukungan PAS, UMNO, Bersatu dan bebas sebelum ini.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat