IGN anjur dua program belia antarabangsa di Kuala Lumpur tahun depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Membuka tirai tahun 2025, acara tahunan yang menghimpunkan individu muda dari pelbagai negara sekali lagi akan diadakan iaitu Asia Youth International Model United Nations (AYIMUN) Ke-16 dan Asia World Model United Nations (AWMUN) X di Kuala Lumpur.

International Global Network (IGN) selaku penganjur program memilih Kuala Lumpur sekali lagi bagi terus menjalin kerjasama sekali his mempromosikan pertukaran budaya dan aksesibiliti untuk belia seluruh Asia.

Presiden IGN yang juga penganjur AYIMUN, Muhammad Fahrizal berkata, AYIMUN kali ini akan memberi fokus dalam mengkaji kerumitan politik global dan membimbing pemimpin muda.

Satu perjanjian MOU telah ditandatangani oleh pihak Berjaya Times Square dan IGM untuk kerjasama memperkasakan Asia Youth International Model United Nations (AYIMUN) Ke-16 akan datang .IGN telah mendapat sokongan yang konsisten dari Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur, yang bukan sahaja menyediakan tempat tetapi juga komitmen untuk menyokong pemerkasaan belia global.

“Dengan tema ‘Menghadapi Dilema Politik Global: Peranan Belia Untuk Mengukuhkan Multilateralisme’, ini menyeru para delegasi belia untuk memahami cabaran dalam landskap antarabangsa hari ini, daripada konflik diplomatik hingga persaingan ekonomi, dan menekankan peranan mereka dalam memupuk keamanan dan kerjasama.

“Melalui simulasi, perdebatan, dan perbincangan interaktif, para peserta akan memperoleh kemahiran asas dalam diplomasi, perundingan, dan kepimpinan,” katanya dalam sidang akhbar di Berjaya Times Square di sini, semalam.

Jelasnya, program ini dijangka menarik kehadiran sehingga 2,000 peserta dari lebih 60 buah negara dan masing-masing bakal berlangsung pada 17 hingga 20 Januari dan 14 hingga 17 Februari 2025.

“Kuala Lumpur dipilih sebagai salah satu bandar utama penganjuran kerana kerjasama yang sedia terjalin dengan pelbagai entiti pendidikan dan kerajaan serta sebagai pusat utama yang mempromosikan pertukaran budaya dan aksesibiliti untuk belia Asia.

“Jadual acara tahun 2025 merangkumi rangkaian persidangan di bandar-bandar utama di seluruh Asia seperti Kuala Lumpur, Seoul, Bali dan Bangkok.

“Sepanjang tahun 2025, IGN menjangka akan menyambut lebih daripada 5,000 pelajar dari sekurang-kurangnya 100 negara di seluruh dunia, menghubungkan pemimpin masa depan merentasi sempadan dan budaya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat