Pakatan Harapan Jarah Petronas Punca Defisit Besar 2021 – Najib Razak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menjarah Petronas pada 2019 mengakibatkan defisit Belanjawan 2021 adalah lebih besar berbanding tahun 2019.

Katanya, walaupun dikatakan Belanjawan 2021 paling besar dalam sejarah dengan jumlah saiz sebanyak RM322.4 bilion ia sebenarnya hanya RM8 bilion lebih besar dengan saiz Belanjawan 2019 masa kerajaan PH sebanyak RM316.5 bilion.

Najib memberitahu, maka timbulnya kebimbangan bahawa Belanjawan2021 akan kurang efektif untuk menyelamatkan ekonomi pada zaman Covid-19 sebab ianya hanya sedikit lebih besar berbanding Belanjawan 2019 di mana ekonomi kita tetap terjejas walaupun masa itu krisis Covid-19 tak wujud.

“Namun defisit Belanjawan 2021 adalah lebih besar berbanding tahun 2019 sebab; kerajaan PH ambil RM54 bilion dari Petronas untuk meningkatkan hasil kerajaan tahun 2019 supaya defisit bajet tak nampak begitu besar.

“Petronas diramal hanya mampu membayar dividen sebanyak RM18 bilion untuk tahun 2021.

“Hasil cukai petroleum pada tahun 2019 adalah lebih tinggi berbanding tahun 2021 di mana harga minyak dunia dijangka lebih rendah,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, walaupun ramai rakyat yang bulat-bulat telan propaganda PH bahawa kerajaan PH terpaksa jarah Petronas pada tahun 2019 sebab mahu bayar balik tunggakan refund GST RM18.2 bilion yang kononnya dirompak BN, laporan PAC untuk GST telah membuktikan bahawa refund itu tidak dirompak dan masih ada dalam akaun kerajaan.

“Sebenarnya, Petronas dijarah tahun 2018 dan 2019 sebab kerajaan PH perlu tanggung kekurangan hasil kerajaan akibat mengganti GST dengan SST dan juga untuk menanggung hasil yang hilang akibat ‘tax holiday’ tiga bulan tahun 2018.

“Jika kerajaan PH dahulu tak buat langkah tak masuk akal serta populis pada tahun 2018 sehingga menjarah begitu banyak dari Petronas, jumlah perbelanjaan untuk tahun 2021 mampu bertambah RM56 bilion – iaitu perbezaan RM20 bilion sebab hasil GST lebih tinggi berbanding SST dan perbezaan dividen Petronas (RM54b tolak RM18b),” jelas Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat