Kerajaan peruntuk RM73 juta perangi scammer

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bagi mengekang sindiket ‘scammer’ yang kian runcing kerajaan memperuntukkan RM73 juta untuk usaha pemerkasaan CyberSecurity Malaysia.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, peruntukan ini bertujuan mengukuhkan pemantauan, pengesanan dan pelaporan ancaman siber termasuk membina keupayaan sistem forensik siber.

“Kerajaan juga akan membangunkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melibatkan usaha sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Agensi dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) serta institusi kewangan,” katanya di Parlimen ketika membentangkan Bajet 2023 pada Jumaat.

Tengku Zafrul juga mengumumkan langkah-langkah keselamatan untuk perbankan internet.

“Menghentikan penggunaan one-time-password (OTP) yang berasaskan SMS bagi transaksi berisiko tinggi oleh institusi perbankan.

“Kerajaan juga akan menyediakan platform laporan untuk akaun atau nombor yang disyaki.

“Ini bertujuan menyediakan sebuah platform untuk orang ramai melaporkan penjenayah online scam,” kata Menteri Kewangan.

Selain itu beliau juga memberitahu kerajaan akan memperhebat tahap kesedaran demi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan menerusi literasi kewangan dan digital pengguna.

Tambahnya, kerajaan juga akan membentangkan Rang Undang-undang Kredit Pengguna pada suku kedua 2023 bagi melindungi pengguna kredit di samping memupuk pasaran kredit pengguna yang adil dan teratur.

“Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan untuk mengawal selia semua aktiviti berkaitan kredit pengguna,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat