384 Sekolah Di Empat Zon Merah Di Sabah, Selangor Ditutup Hingga 23 Oktober – KPM

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kesemua 384 sekolah di kawasan zon merah di daerah Klang, Selangor serta di Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah ditutup bermula esok sehingga 23 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, bilangan itu merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Menurutnya, ini melibatkan sebanyak 142 buah sekolah di daerah Klang dan 242 buah sekolah keseluruhan di tiga (3) daerah di Sabah.

“Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup.

“Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun tambah kenyataan itu, pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

Katanya, keperluan makan dan minum pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.

“Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan pelajar.

“Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my,” katanya.

Pada masa sama, menurut KPM, sekolah yang terlibat dengan penutupan boleh menjadualkan semula peperiksaan ini ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat