Generasi Felda Perlu Kuasai Teknologi Digital Untuk Rancakkan Ekonomi – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Peneroka Felda terutamanya Generasi ke-3 Felda perlu menguasi teknologi digital bagi merancakkan ekonomi khususnya dalam pembangunan sosio-ekonomi.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kepakaran dalam teknologi digital ini perlu kerana ianya dapat mempelbagaikan bidang perniagaan dan bukannya tertumpu dalam industri perladangan semata-mata.

Wan Rosdy berkata demikian sempena Sambutan Hari Peneroka Felda 2021 dengan tema ‘Anjakan Minda Peneroka’ dan juga Revolusi Industri 4.0.

“7 Julai setiap tahun, negara kita akan menyambut sambutan Hari Peneroka Felda bagi meraikan pengorbanan penerokawan dan penerokawati yang telah menyumbang kepada usaha kerajaan meningkatkan ekonomi negara melalui pertanian ladang dan membasmi kemiskinan luar bandar.

“Bermula dari awal penubuhan pada tahun 1956 dahulu sehingga sekarang, Felda terus menjadi salah satu pemain penting dalam membangunkan terutama sekali didalam pembangunan sosio-ekonomi negara melalui kepelbagaian bidang perniagaan, bukan sahaja tertumpu dalam industri perladangan semata-mata.

“Bersesuaian dengan tema Hari Peneroka Felda 2021 iaitu, ‘Anjakan Minda Peneroka’ dan juga Revolusi Industri 4.0, diharapkan lebih ramai peneroka Felda turutamanya Generasi ke-3 Felda dapat mengambil dan mencari peluang baru dalam mengembangkan lagi ekonomi menerusi penguasaan teknologi digital yang tiada sempadan.” ujar beliau.

Dalam pada itu, Wan Rosdy juga mengucap terima Kasih kepada semua peneroka Felda di seluruh negara khususnya di Negeri Pahang kerana terus menyumbang kepada Felda dari sejak awal penubuhannya.” katanya lagi. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat