Jasa bakti perwira negara gugur, dikenang – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghargai segala jasa, bakti dan pengorbanan yang dicurahkan mangsa nahas helikopter untuk melindungi kedaulatan tanah air.

“Saya ingin zahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua perwira negara yang terlibat di dalam nahas ini.

“Segala jasa, bakti dan pengorbanan yang dicurahkan untuk melindungi kedaulatan tanah air pastinya akan terus dikenang. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya,” ucap Zahid dalam kenyataan pada Selasa.

Susulan insiden menyayat hati itu, Zahid mengharapkan agar orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga serta dapat mengganggu proses penyiasatan.

“Hari ini seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita sedih nahas sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah
helikopter FENNEC TLDM yang terhempas semasa melakukan raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi.

“Saya ingin menzahirkan perasaan dukacita di atas insiden yang berlaku, pastinya peristiwa ini bukan sahaja memberi kesan mendalam terhadap ahli
keluarga mangsa, tetapi juga turut menyentuh hati dan perasaan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya mengucapkan takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut dan berharap mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” ujar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Kata Zahid lagi, TLDM juga telah menyatakan bahawa satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan untuk mengenalpasti punca kejadian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat