MI-17: Dua Kali Terhempas Dalam Setahun, Parlimen Indonesia Minta Siasatan Penuh

- Advertisement -

JAKARTA: Dewan Permuafakatan Rakyat (DPR) atau Parlimen Indonesia, meminta Kementerian Pertahanan negara itu menyiasat secara mnenyeluruh insiden yang membabitkan helikopter Mi-17 buatan Rusia milik negara itu yang terhempas berhampiran kawasan perindustrian Kendal di Jawa Tengah semalam.

Kejadian itu mengorbankan 4 orang dan menyebabkan kecederaan kepada 5 anggota tentera yang lain.

Anggota Komisi DPR, Willy Aditya berkata, kejadian semalam adalah kejadian kedua selepas sebuah helikopter Mi-17 terhempas ketika menghantar bekalan di Wilayah Oksibil, Papua setahun lepas. Dalam kejadian itu, 12 anggota tentera termasuk 5 anggota pasukan khas, terbunuh. Jenazah mereka hanya berjaya dikeluarkan hampir 8 bulan selepas kejadian.

Kata Willy, kemalangan semalam ada sedikit berbeza dengan kemalangan setahun lepas dan ini katanya memerlukan siasatan yang mendalam.

Walaupun memiliki keupayaan mengeluarkan helikopter sendiri secara kebenaran berlesen, Indonesia tetap membeli 18 buah helikopter jenis Mi-17 dari Rusia pada tahun 2011 berikutan beberapa keupayaan unik yang dimilikinya.

Pembelian itu dibuat dalam satu pakej pertahanan yang turut melibatkan sejumlah besar peralatan ketenteraan buatan Rusia yang lain seperti helikopter penggempur Mil-35, tambahan pesawat Sukhoi dan lain-lain.

Helikopter Mi-17 yang terhempas semalam adalah antara jenis yang paling banyak digunakan pasukan tentera negara itu bagi tujuan pengangkutan anggota dan bekalan logistik untuk kegunaan awam dan ketenteraan.

Malaysia turut mengoperasikan beberapa buah pesawat jenis sama sejak 1998 tapi untuk kegunaan pasukan bomba dan penyeleamat. Setakat hari ini, rekod kesemua pesawat Mi-17 yang digunakan pasukan Bomba itu, adalah sangat baik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat