Jika Kes Covid-19 Naik Semula, Kerajaan Tak Teragak-Agak Laksanakan PKPD – PM

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KUALA LUMPUR – Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Rabu ini sehingga 31 Ogos – lebih banyak aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan oleh kerajaan.

Ia dibenarkan selepas lebih tiga bulan rakyat terpaksa mengehadkan pergerakan masing-masing bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tegas mengingatkan semua pihak supaya terus mengamalkan langkah pencegahan dan norma kehidupan baharu agar wabak tersebut tidak menular semula.

“Jika saudara dan saudari semua terus berdisiplin dan beristiqamah, saya percaya insyaAllah penularan wabak ini akan kekal terkawal dan kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehinggalah vaksin untuk virus Covid-19 ditemui.

“Namun, saya ingin mengingatkan sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dalam tempoh ini, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD di kawasan atau lokaliti yang berkenaan.

“Saya harap kita semua sentiasa berdisiplin supaya peningkatan kes COVID 19 dapat kita elakkan,” tegasnya ketika menyampaikan perutusan khas hari ini.

Antara yang dibenarkan di bawah PKPP adalah pergerakan rentas negeri dan sambutan perayaan Hari Raya Aidil Adha dan ibadah korban.

Selain itu, menurut Muhyiddin, aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan antaranya lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan dan reakreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.

Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan tetapi perlu mematuhi protokol kesihatan sepenuhnya dan mengoptimumkan ruang.

Bagi menjana aktiviti ekonomi domestik dan kebenaran rentas negeri, sektor pelancongan domestik dibenarkan beroperasi, kata Muhyiddin.

“Jadi, saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal setelah hampir 3 bulan tidak ke mana-mana. Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup,” katanya.

Sekolah-sekolah pula menurut Perdana Menteri akan dibuka secara berperingkat sepanjang tempoh PKPP setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman terperinci tidak lama lagi.

“Sejak PKP dilaksanakan hampir tiga bulan yang lalu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi dan langkah yang wajar dalam menangani dan membendung wabak Covid-19.

“Banyak kawalan dan sekatan yang dikenakan ke atas saudara dan saudari sekalian. Itu tak boleh, ini tak boleh dan sebagainya.

“Namun, saya sedar kerajaan tidak boleh mengawal kehidupan saudara-saudari buat selama-lamanya untuk menghindari jangkitan wabak ini.

“Saya tahu saudara-saudari juga mahu menjalani kehidupan seperti biasa. Saudara-saudari ingin keluar bekerja, berniaga, beriadah, melancong bersama keluarga dan melakukan aktiviti-aktiviti lain dalam kehidupan seharian,” katanya lagi.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...