#BintiZahidHamidi : Satu Perspektif

- Advertisement -

Oleh Ab Jalil Backer

Serangan netizen dan pembangkang ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan anaknya Nurul Hidayah sangat tidak masuk akal.

Sekarang ini trending #BintiZahidHamidi kerana netizen membandingkan hukuman denda RM800 ke atasnya berbanding seorang ibu tunggal dihukum penjara 30 hari. Hukuman tersebut kemudiannya ditukar dengan denda RM1000 oleh Mahkamah Tinggi.

Apa yang netizen tidak bincangkan ialah perbezaan fakta kes dan apakah merit Majistret yang menjatuhkan hukuman penjara 30 hari.

Nurul Hidayah dituduh melanggar PKP apabila keluar bersama suaminya berjumpa dengan Timbalan Menteri di pejabat kerajaan.

Manakala dalam kes Lisa Christina beliau telah keluar membeli barang dan kemudiannya melepak berbual dengan kawan semasa PKP. Beliau tiada kebenaran mengadakan perhimpunan tepi jalan.

Beliau ditahan ketika melakukan kesalahan. Kita tidak pasti beliau menentang tangkapan atau tidak, kerana media tidak melaporkan butiran terperinci keputusan majistret.

Manakala dalam kes Nurul beliau hanya diambil tindakan setelah memuatnaik gambarnya dalam media sosial dan menyebabkan tekanan untuk pendakwaan.

Dalam kebanyakan kes PKP mereka yang dipenjara atau didenda maksimum merupakan mereka yang bukan sahaja melanggar PKP, malah menentang arahan polis.

Denda yang dikenakan kepada Nurul sebenarnya lebih tinggi daripada sebahagian besar kes PKP.

Misalnya. Harian Metro pada 30 Mac 2020 melaporkan seramai 34 orang telah dijatuhkan hukuman denda RM500 kerana melanggar PKP.

Justeru adalah tidak benar situasi #BintiZahidHamidi mendapat keistimewaan mahkamah berbanding rakyat biasa.

Memang benar hukuman penjara 30 hari tidak masuk akal dan tampak berat.

Kemarahan dan kritikan harus ditujukan kepada Majistret terbabit.

Bukan Kerajaan, apatah lagi Zahid Hamidi yang bukan pemimpin kerajaan, yang menjatuhkan hukuman.

Kita tidak tahu apakah fakta kes terperinci dalam kes Lisa. Namun jika seperti dilaporkan media sahaja, maka mungkin Majistret terbabit ada ada motif lain.

Saya tidak gemar cara Nurui Hidayah memuatnaik gambar beliau berjumpa Menteri, pergi membeli-belah dan memprovokasi netizen.

Beliau harus belajar menguruskan persepsi media sosial dengan lebih baik.

Namun fakta tetap fakta bahawa kes Nurul Hidayah dan B Lisa Christina adalah isu yang berbeza.

Jika hukuman ke atas Lisa terlalu berat ia bukan alasan mencerca Nurul Hidayah atau Zahid Hamidi.

Sebaliknya anda harus mempersoalkan kewibawaan majistret yang menjatuhkan hukuman penjara tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat