Rakam Perbualan Peribadi Politiking Paling Keji, Konpirasi Tahap Tinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi menganggap kerja-kerja kotor merakam perbualan telefon peribadi dilakukan oleh kluster lompat kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini tidak ada majoriti yang jelas.

Beliau membangkitkan persoalan rakaman perbualan tular antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu angkara siapa?

Malah katanya, kalau ia tulen, apakah Malaysia negara selamat apabila perbualan peribadi dirakam dan diviral?

“Tulen atau tidak sudah tentu rakaman itu bermotif politik apabila ia diviralkan.

” Darurat sepatutnya untuk kurangkan politiking tetapi rupanya semakin bermaharajalela.

“Butiran perbualan itu adalah cukup jelas dan berkualiti tinggi. Ia mesti menggunakan peralatan canggih yang orang biasa tidak akan mampu memilikinya.

“Apakah ini konspirasi “at the highest level”. Ini bukan kerja calang calang? ujar Puad.

Menurut beliau, sekali lagi Kerajaan PN terselamat kerana Parlimen tidak bersidang untuk beri peluang kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang bangkitkan isu ini.

Kata Puad, sekurang kurangnya ahli Parlimen boleh desak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara serius ini untuk mencari kebenaran.

“Ternyata skandal merakam perbualan peribadi terutama yang libatkan lawan politik adalah “hari hitam” kepada demokrasi di Malaysia.

“Presiden Nixon letak jawatan kerana skandal Watergate 1972. Ia berlaku apabila Pejabat parti Demokrat diceroboh untuk curi maklumat dan alat perakam telefon dipasang.

“Viral kononnya rakaman perbualan Zahid-Anwar berlaku sehari selepas Datuk Seri Najib Razak menerima notis muflis daripada LHDN.

“Politiking keji tidak akan berakhir. Wujudnya kluster lompat dan merakam perbualan telefon adalah natijah kerana kerajaan hari ini tidak ada majoriti jelas,” bidas Puad.

Dalam pada itu kata beliau, kita masih ingat apabila Latheefa Koya dedah perbualan antara Najib dengan Putera Mahkota UAE.

“Tidakkah kita mahu belajar dari kesilapan.

“Hingga ke hari ini sejak 2018, UAE tidak lagi datang melabur di Malaysia. UAE melabur hampir RM130 Bilion ke Indonesia. Perdana Menteri tentu ada penjelasan kenapa balik tangan kosong dari lawatan ke UAE baru baru ini?,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat