PN Bagi RM50,000 Setiap Calon, Tengku Zafrul Patut Jawab Bukan Guna Duit Judi – Hamzah

- Advertisement -

ROMPIN – Perikatan Nasional (PN) tampil menangkis tohmahan yang dilemparkan kononnya parti itu membelanjakan sumber kewangan cabutan khas judi sebagai dana kempen pilihan raya.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan, setiap calon yang bertanding atas tiket PN hanya diberikan peruntukan RM50,000 untuk setiap calon sekali gus menafikan dana itu hasil aktiviti perjudian seperti didakwa.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata dalam kempen kita jutaan ringgit telah dikeluarkan oleh PN dan duit datangnya daripada tauke judi. Masyaallah.

“Saya nak maklumkan betul kita bagi duit, saya ni Setiausaha Agung PN dan ada ramai calon (PN) yang ada depan saya kita bagi RM50,000 je seorang calon.

“Kalaulah saya ada duit daripada kaki judi saya ingat bukan hanya menang 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) yang ada 30 kerusi itu pun kita sapu habis tapi sebab tak cukup duit, modal kurang. Sebab itulah kita tak dapat menang banyak tu saja,” jelasnya pada Ceramah Rakyat di Rompin, malam tadi.

Susulan itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menyatakan dakwaan yang dilemparkan terhadap PN itu hanyalah bersifat propaganda semata-mata.

Dalam pada itu, Hamzah turut mengingatkan bahawa Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah Menteri Kewangan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bahkan katanya lagi, Tengku Zafrul juga turut menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Anwar selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Saya nak maklumkan yang jadi Menteri Kewangan semasa kita memerintah Datuk Seri Tengku Zafrul kemudian di bawah pemerintahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob siapa Menteri Kewangan? Tengku Zafrul.

“Jadi maknanya apa? Hari ini bila Kabinet ditubuhkan dia tu Tengku Zafrul engkau ada dalam Kabinet, engkau jawab lah dia dok kata dalam kerajaan itu 22 kali cabutan judi, siapa Menteri Kewangan? Tengk Zafrul …engkau tanyalah Tengku Zafrul.

“Hanya Menteri Kewangan berkuasa bab judi dan Menteri Kewangan itu ialah Tengku Zafrul,” tegas Hamzah lagi.

Tambah beliau, sebab itu PN tidak memilih Tengku Zafrul sebagai calon mewakili parti mereka.

Terdahulu, Perdana Menteri membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Dalam sidang medianya semalam, Anwar berkata Kementerian Kewangan juga mendapati wujud “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Sehubungan itu, beliau berkata dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” kata Anwar lapor Malaysiakini.

Sebelum itu, Anwar menegur pentadbiran PN yang diketuainBersatu dan Pas kerana menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun.

Langkah itu dibuat pada akhir 2020.

Kata Anwar, selaku menteri kewangan, beliau telah memutuskan bilangan cabutan khas judi akan kembali dikurangkan kepada lapan kali setahun bermula tahun depan. -Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat