Ilhan Omar Pertahan Kerusi Kongres AS

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Ilhan Omar mempertahankan kerusi Kongres bagi penggal kedua untuk daerah Minnesota ke-5 di Minneapolis, Minnesota.

Menurut agensi berita The Associated Press Omar, 38, mengalahkan pencabarnya dari Republikan, seorang ahli perniagaan berbangsa Afrika Amerika Lacy Johnson, dengan 64.6 peratus undi berbanding 25.9 peratus undi, setelah 99 peratus undi dikira.

Beliau adalah rakyat berketurunan Amerika-Somalia pertama dalam Kongres AS dan salah satu daripada dua wanita Muslim pertama yang terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 2018.

Beliau juga menganggotai apa yang digelarkan sebagai “Skuad” empat wanita kongres Demokrat progresif yang baru bersama-sama Rashida Tlaib dari Detroit, Alexandria Ocasio-Cortez dari New York City dan Ayanna Pressley dari Boston.

Keempat-empat mereka mewakili fraksi baru yang muncul dari golongan politik muda dan progresif serta menyokong pembentukan dewan kepimpinan yang mampan untuk Parti Demokrat.

Omar telah membina profil di peringkat kebangsaannya, bermula ketika menjadi bekas pelarian Somalia pertama terpilih ke Badan Perundangan Minnesota pada tahun 2016.

Advokasi agresifnya terhadap isu-isu liberal, komen anti-Israel dan kesungguhan semasa berhadapan dengan Presiden AS Donald Trump, menjadikannya lebih menonjol.

Beliau sering menjadi sasaran kritikan dan komen fitnah dari Presiden serta penyokong Republikan lain.

Bulan lalu, Omar menyerang Trump, memanggilnya “rasis” setelah Trump meremehkannya semasa berkempen dan secara salah memberikan bayangan bahawa beliau bukan rakyat Amerika.

Omar tegas bersuara menentang hubungan Amerika Syarikat dengan beberapa sekutu asingnya, seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam wawancara dengan Al Jazeera tahun lepas, beliau berkata: “persepakatan kami dengan Arab Saudi dan UAE adalah tidak bermoral. Saya percaya ia adalah salah satu bentuk hubungan yang paling tidak masuk akal; ia tidak sesuai dengan nilai kita. ”

Saingannya dari parti Republikan Johnson, adalah calon pilihanraya pertama kali. Wanita berusia 66 tahun itu adalah seorang usahawan dengan latar belakang teknologi maklumat – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat