Remaja sokong kepala guru dipenggal didakwa

- Advertisement -

MARSEILLE: Seorang remaja di bandar Marseille, selatan Perancis didakwa di mahkamah kerana menyokong keganasan dalam kenyataan memberi penghormatan kepada Samuel Paty, guru yang mati dipenggal kepalanya oleh pengganas.

Pihak pendakwa raya berkata, remaja lelaki berusia 14 tahun warga Afghanistan itu secara terbuka berkata akan melakukan pembunuhan sama di dalam kelasnya, lapor akhbar La Provence.

Dia dibebaskan selepas diambil keterangan, namun tetap di bawah pengawasan, kata pendakwa raya, Dominique Laurens, kepada AFP.

Pihak berkuasa pendidikan wilayah, Bernard Beignier, memberitahu La Provence bahawa pihak berkuasa Marseille setakat ini sudah menahan tujuh murid ekoran kejadian terbabit minggu lalu.

Tiga daripada mereka dipercayai akan disabitkan dengan ‘cubaan menghalalkan perbuatan pengganas’.

Paty dipenggal kepalanya berdekatan sekolahnya di luar Paris oleh remaja berusia 18 yang berasal dari Chechnya selepas kempen dalam talian menegur guru itu kerana menunjukkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW dalam kelasnya.

Bagaimanapun, sebahagian pihak termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mempertahankan perbuatan Paty sebagai sebagai kebebasan bersuara.

Selasa lalu, pendakwa raya di kota timur Strasbourg membuka siasatan ke atas dua remaja berusia 12 tahun mengenai komen yang dibuat ketika memberi penghormatan kepada Paty, mendakwa guru itu layak menerima ‘hukuman’ terhadapnya.

Tambah mereka, dua kejadian sama turut dilaporkan membabitkan kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun, yang mendorong siasatan berhubung kesejahteraan sosial.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin, memberitahu Parlimen minggu ini bahawa 66 penyelidikan mengenai dakwaan menyokong pengganas sudah dibuka sejak kematian Paty, yang membabitkan remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun.

-BERITA HARIAN/AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat