Tolak calon yang sogok wang- Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang ramai menolak UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) jika ingin menikmati sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah.

Ini kerana, Mahathir mendakwa, pada PRU-15, UMNO serta Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan sogokan wang untuk memenangi pilihan raya.

Ia sekaligus akan menyebabkan parti berkenaan menjadi kerajaan dan Najib yang kini menjalani hukuman penjara mendapat pengampunan, kata Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Dalam PRU-15, Najib, UMNO akan guna sogokan lagi kerana jika UMNO menang dan jadi Kerajaan, Najib akan diampun. Untuk tujuan ini, sogokan yang banyak akan diberi kepada pengundi.

“Pengundi yang terima sogokan dan undi UMNO akan dapat Kerajaan yang tidak sedikit pun berkhidmat untuk bangsa, negara dan agama.

“Jangan pilih UMNO atau BN jika ingin dapat nikmat dari Kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah. Tolak sogokan, tolak calon yang menyogok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Mahathir turut mendakwa, parti tertentu melakukan sogokan wang kepada pengundi semasa pilihan raya umum kerana menganggap selepas menjadi kerajaan, perbuatan itu dapat melindungi ‘jenayah’ yang dilakukan sebelum ini.

“Kenapa parti tertentu sogok wang kepada pengundi semasa PRU. Sebabnya kerana calon dan parti tidak terkenal sebagai orang dan parti yang baik.

“Mereka sogok wang dengan harapan apabila jadi Kerajaan duit Kerajaan boleh disapu oleh mereka, untuk dapat balik wang yang disogok. Mereka percaya dengan sogokan wang mereka akan menang dan mendiri Kerajaan yang akan melindungi jenayah mereka,” katanya sambil memberi contoh kes melibatkan Najib yang kini didapati bersalah dan menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta berhubung salah guna kuasa dana SRC International.

“Bukti menunjuk Najib sebenar bersalah dan dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

“Tiga orang hakim dalam Mahkamah Rayuan dan lima orang hakim dalam Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan hakim dalam Mahkamah Tinggi bahawa Najib bersalah,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat