Pembangkang takut dengan BN sebab tu tak mahu bubar DUN – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan kepimpinan tiga negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat lebih menunjukkan ketidaksediaan pembangkang berdepan pilihan raya umum dan menghadapi Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, sebenarnya PH dan pembangkang dihantui oleh janji-janji pilihan raya yang tinggal janji kosong.

Kata Zahid, pengundi kini tidak lagi terpesona dengan cakap dan janji PH apabila pemimpin mereka berkempen sekarang ini.

“Tidak lagi seperti PRU 2018. Inilah ketakutan PH dan musuh BN masa kini,” tegas Zahid yakin.

Menurut beliau, pengalaman kekalahan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Johor, Sarawak menunjukkan pembangkang tidak lagi diterima oleh pengundi mereka dahulu.

“Semakin ramai pengundi mereka dahulu berasa terperdaya kini kurang mahu mengundi PH. Yang jelas mereka yang kecewa mengundi PH pada PRU dulu tidak mahu mengundi PH termasuk bekas sekutu mereka, Bersatu.

“Protes ini dijangka berlaku dalam tiga cara. Yang pertama tidak lagi mengundi sebaliknya mengundi BN.

“Yang kedua, kelompok penyokong PH dan Bersatu memprotes tidak mahu turun mengundi. Ini jelas dalam PRN Melaka, Sarawak dan Johor.

“Yang ketiga, ada pula kata akan membuat undi rosak bagi protes PH,” dakwa Zahid lagi.

Ujar beliau, inilah kebimbangan utama PH dan musuh BN.

Maka katanya bagi mengelak kekalahan ini, mereka terus cuba elak daripada berdepan PRU yang tidak memihak kepada kemenangan mereka.

“Mereka sanggup arah kerajaan negeri mereka agar tidak bubar DUN atas ketakutan ini. Sedangkan mereka juga bising apabila membuat pilihan berasingan sebelum ini.

“Pembangkang asyik menyatakan kos pilihan raya sangat besar sedangkan tindakan mereka tidak mahu bubar DUN merupakan pembaziran kos dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan.

“Kali ini pembangkang gunakan isu musim tengkujuh pula untuk alasan elak pilihan raya. Alasan ini basi dan menyerlahkan lagi ketidakberanian pembangkang berdepan BN,” katanya.

Presiden Umno itu juga menambah, alasan pembangkang ini seolah-olah pembangkang tidak yakin dan memperkecilkan pengalaman dan profesionalisme institusi awam termasuk agensi kesihatan, keselamatan dan agensi bencana.

“Alasan ini juga seolah-olah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ada pengalaman dalam menguruskan proses pilihan raya dilaksanakan sebelum ini.

“Sedangkan SPR dan agensi pengurusan bencana misalnya adalah agensi profesional yang mempunyai prestasi dan, sejarah pengurusan pilihan raya yang sangat efisien tanpa mengira musim dan bulan.

“Kesemua alasan pembangkang adalah untuk menutupi kehilangan sokongan rakyat yang sedang berlaku,” kata Zahid lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat