Anwar terima kunjungan hormat delegasi ulama Indonesia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Presiden Indonesia, Allahyarham Abdurrahman Wahid atau Gus Dur sebagai sahabat setia sewaktu beliau berdepan kesukaran dalam perjuangan politik ketika berkongsikan pengalamannya bersama pimpinan Nahdatul Ulama (NU), semalam.

Perkongsian itu dibuat Anwar dalam kunjungan hormat Pengurus Besar NU, Yahya Cholil Tsaquf bersama delegasinya selepas program Temu Anwar Jakarta.

“Saya singgung pengalaman panjang saya bersama Almarhum Abdurrahman Wahid (Gus Dur), mantan Presiden Indonesia serta pemimpin NU yang saya anggap sebagai sahabat yang setia dari waktu saya hadapi kesukaran dalam perjuangan politik saya,” katanya di Facebook pada Rabu.

Abdurrahman adalah pemimpin NU yang terpilih menjadi Presiden Indonesia pada Oktober 1999 hingga Julai 2001.

Beliau meninggal dunia pada Disember 2009 ketika usia 69 tahun di Jakarta, Indonesia.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri berkata, beliau dan pimpinan NU menyentuh kepentingan menguasai dan memelihara ilmu turath serta keupayaan membaca situasi semasa.

“Saya juga zahirkan penghargaan kepada kepimpinan NU yang sudi hadir untuk bertemu dan bertukar pandangan.

“Moga perbincangan seperti ini akan dapat dilakukan lagi demi manfaat umat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat