Bersatu tuntut TPM: Tak malu rebut jawatan bukan mandat rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Desakan Bersatu menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri di saat rakyat dihimpit kesusahan mendapat kecaman terutamanya daripada pimpinan UMNO.

Menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ini bukan masanya untuk Bersatu menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet lain.

“Bab jawatan pandai pula berbicara soal janji! Waktu saudara (Datuk) Wan Saiful Wan Jan menulis manifesto untuk Pakatan Harapan (PH) dulu tak malukah pada rakyat apabila banyak janji tak tertunai?

“Sepatutnya Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) ambil kesempatan jumpa Perdana Menteri tempoh hari bincang cadangan bantu rakyat bukan tuntut jawatan! Tegasnya dalam kenyataan pada Rabu.

Asyraf sebaliknya menyoal Wan Saiful yang juga Ketua Penerangan Bersatu berkenaan saiz Kabinet kerajaan ketika ini.

“Tak cukupkah lagi jumlah Kabinet terbesar dengan 70 orang Menteri dan Timbalan Menteri ketika ini? Perikatan Nasional (PN) sahaja sudah ada 33 orang Menteri dan Timbalan Menteri berbanding UMNO 10 Menteri dan 10 Timbalan Menteri.

“Lagipun edah PRU sudah sampai. Daripada terus bergaduh soal jawatan Kabinet, lebih baik serah kembali mandat kepada rakyat.

“Tak malukah berebut jawatan yang bukan mandat rakyat? Soal beliau lagi.

Bahkan kata Asyraf, “benarlah laporan ekonomi antarabangsa bahawa pelabur tunggu dan lihat suasana politik negara baru mahu melabur lantaran ketidakstabilan politik akibat perebutan jawatan dan ugut mengugut tekan butang”.

Terdahulu media melaporkan bahawa Bersatu menjelaskan perbincangan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dibuat antara presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, bukan sesuatu yang baru.

Ketua Penerangannya Wan Saiful Wan Jan berkata, jawatan itu adalah perjanjian yang dibuat antara Perikatan Nasional (PN) dengan Ismail sebelum beliau dilantik menjadi perdana menteri.

Sementara itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi membidas di saat kejatuhannya, Muhyiddin masih bernafsu besar menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Bersatu.

“Maksudnya dari awal lagi keutamaan Bersatu ialah jawatan. Dari awal lagi rupanya Bersatu sudah mengugut Ismail Sabri kerana kejar jawatan.

Bermakna UMNO lebih baik. Lebih “gentleman berbanding Bersatu,” kata Puad.

Hal ini menurutnya, masa UMNO sokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri tidak ada perjanjian bertulis. Tidak ada syarat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“UMNO sokong Muhyiddin jadi PM demi rakyat walaupun dia bersekongkol dengan DAP untuk jatuhkan BN di PRU ke 14. Tetapi Bersatu sokong Ismail jadi PM demi jawatan TPM bukan rakyat.

“Maka amat wajar PM tidak layan perjanjian itu. Tidak ada faedah untuk rakyat. Tidak sama PH-Bersatu memungkiri janji rakyat 100 hari,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat