Saya Tiada Masalah Dengan Anwar, Mungkin Dia Ada Masalah Dengan Saya – Mahathir

Telur Nyaris Ditanduk, Nasib Baik Kerajaan Akur Tuntutan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar yang diluluskan semalam berada dalam situasi telur nyaris ditanduk,” kata Datuk...

16 Januari 2021 PRK Gerik, Bugaya

KUALA LUMPUR - Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, akan diadakan...

BN Bukan Pak Turut PN

KUALA LUMPUR - Jelas peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan tetapi sebagai pejuang utama kepada...

YBR Serah Bantuan Kesihatan Untuk Nur A’afiyah Humaitah (Video)

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan nasib yang menimpa adik Nur A'afiyah Muhammad Hassan, Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil menghulurkan bantuan berupa bekalan barangan perubatan...

Penceramah Ditahan Bantu Siasatan Noda Kenalan Instagram

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini pada...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak tahu apakah pemimpin berkenaan juga merasakan perkara yang sama.

Mahathir juga berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi akan memegang jawatan itu jika diminta untuk sementara waktu.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Anwar, Mahathir berkata: “Setahu saya, saya tidak mempunyai masalah dengan Anwar.”

“Mungkin dia mempunyai masalah dengan saya, yang saya tidak tahu, anda harus bertanya kepadanya,” tambahnya pada sidang media di Putrajaya semalam.

Kelmarin, Anwar dan PKR sekali lagi tidak hadir dalam mesyuarat yang berlangsung antara Mahathir, parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

PH, Mahathir dan Warisan mengakui sedang berusaha mengambil alih semula kerajaan dari Perikatan Nasional (PN), namun persoalan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri antara Mahathir dan Anwar terus menjadi polemik.

Ketika ditanya apakah beliau akan menjadi calon perdana menteri sekali lagi, Mahathir berkata beliau tidak menawarkan diri bagi jawatan itu.

“Saya tidak menawarkan diri, tetapi saya melihat perkara-perkara ini sebagai tugas. Saya tidak berminat dengan kepuasan sendiri, tetapi jika saya dapat memberi perkhidmatan dan orang berpendapat saya boleh memberi perkhidmatan, saya ada.

“Tetapi tidak lama. Saya sudah berusia 94 tahun, berapa bulan lagi?” katanya.

Tak harap ramai ikut jejak Sri Gading

Ditanya sekiranya beliau dan PH memiliki angka yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan PN, Mahathir dilihat kurang yakin.

“Jumlahnya muncul dan hilang. Kita tidak tahu.

“Tetapi yang kita tahu adalah ketika (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) mengangkat sumpah, dia tidak memiliki majoriti kerana kita memiliki majoriti.

“Kita ada orang yang tandatangan akuan yang mereka bersama kita, kita memiliki 114 (MP) dan pada masa itu Muhyiddin tidak cukup untuk memiliki majoriti,” katanya.

Susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Salleh sebagai timbalan menteri kerja raya semalam, Mahathir berkata beliau tidak mengharapkan lebih ramai anggota parlimen akan mengikut jejak langkah berkenaan.

“Saya tidak fikir akan ada ramai lagi kerana mereka semua memikirkan diri mereka sendiri.

“Mereka bersamanya (Muhyiddin) sebagai menteri dan mereka mendapat gaji yang lumayan, mereka tidak akan melepaskan gaji lumayan mereka. Kerana itu, banyak yang tidak melompat,” katanya ketika ditanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Md Yusof hari ini menafikan bahawa beliau akan meletakkan jawatan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Ketua Armada Bersatu Pertahan Cadangan Supaya BNM Cetak Lebih Banyak Duit

PETALING JAYA - Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal menggesa pihak berkenaan tidak bingkas mengkritik saranannya agar Bank Negara Malaysia (BNM) ‘mencetak duit’ untuk...

Berita Berkaitan

Telur Nyaris Ditanduk, Nasib Baik Kerajaan Akur Tuntutan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar yang diluluskan semalam berada dalam situasi telur nyaris ditanduk,” kata Datuk...

16 Januari 2021 PRK Gerik, Bugaya

KUALA LUMPUR - Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, akan diadakan...

BN Bukan Pak Turut PN

KUALA LUMPUR - Jelas peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan tetapi sebagai pejuang utama kepada...