SPRM tak lagi berhasrat tahan Tun M cuma siasatan masih berjalan – Azam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan, namun bekas Perdana Menteri dua kali itu tidak akan ditahan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028, di Putrajaya pada Selasa.

“Tidak lagi… kita tidak berhasrat untuk menahan beliau,” katanya memetik BH.

Sebelum ini, Azam dilapor mendedahkan bahawa Dr Mahathir ialah antara individu berprofil tinggi yang disiasat oleh SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.

Berikutan itu, dua anak Dr Mahathir, Mirzan dan Tan Sri Mokhzani, juga diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Selain itu, media melaporkan Mokhzani turut disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Dalam perkembangan lain, negara kehilangan sejumlah RM277 bilion akibat rasuah dalam tempoh lima tahun lalu.

Azam berkata kerugian itu adalah berdasarkan perkiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari tahun 2018 hingga 2023.

Beliau berkata, RM277 bilion itu adalah angka yang terlalu besar dan seharusnya diselamatkan dan digunakan untuk membantu rakyat dan meningkat infrastruktur awam seperti membaiki sekolah dan hospital.

“Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) yang dilancarkan hari ini perlu memberi impak dan dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan metodologi bagi mengenal pasti bidang-bidang yang terdedah kepada risiko terkini rasuah dalam negara.

“Antaranya adalah melalui dapatan penyelidikan sektor-sektor yang cenderung kepada rasuah, salah guna kuasa, ketirisan, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran serta tatakelola yang telah dibentangkan dalam Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah, tahun lalu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat