Yg Dikejar (MP Kerajaan) Tak Dapat, Yg Dikendong (MP Sendiri) Berciciran

- Advertisement -

EMAIL PEMBACA

PAKATAN terus dirundung malang bila seorang ahli parlimennya keluar parti dan menyokong kerajaan sedia ada semalam. Dahla majoriti yang dicari masih tak cukup, yang ada pun meninggalkan parti.

Umpama pasukan bola yang ketinggalan secara aggregat, tak sempat nak kejar, pasukan lawan tambah gol dulu dalam pusingan kedua.

Malang.

Menariknya, yang rakyat dengar sejak beberapa hari lepas ialah ahli-ahli parlimen dari blok kerajaan yang akan melompat, sebaliknya pulak yang berlaku.

Ikut cakap-cakap di warung kedai kopi, ada lagi yang akan menyusul selepas ini, ramai pulak katanya.

Propa tak jadilah ni ya?

Tambah menyakitkan jiwa, nak cakap pasal moral, pasal mandat rakyat dan sebagainya, pun tak boleh. Selepas PRU14, berapa ramai yang menang atas tiket parti lain,melompat ke parti yang membentuk kerajaan masa itu?

Dah jadi macam kebiasaan pulak, tak rasa bersalah pun, kenapa sekarang pulak nak rasa salah ye tak? Sebab kena kat diri diri sendiri semua salah ke, kena kat orang lain tak mengapa?

Lagipun rakyat hanya pilih wakil mereka, wakil itulah yang akan memilih siapa kerajaan, Perdana Menteri, Menteri Besar dan sebagainya. Ini hakikat.

Apatah lagi semalam, wakil rakyat itu menang atas Bebas dalam PRU14 sebelum masuk parti pembangkang, siap dilantik Naib Presiden lagi khabarnya.

Ikut dialah nak sokong mana, asal Bebas kot.

Khusairi Baba
Kajang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat