Mayat warga Sweden ditemui dalam kapal layar di Labuan

- Advertisement -

LABUAN – Seorang pelayar warga Sweden meninggal dunia dalam kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau di sini malam tadi.

Mayat Dick Thomas @ Svahn, 55, ditemukan oleh orang awam sebelum melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis pada pukul 7.16 malam.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, pihaknya dan anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa dari ruang kapal tersebut.

“Tempoh masa mangsa meninggal dunia belum dapat dipastikan. Punca kematian masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hamizi memberitahu, mayat lelaki asing itu dihantar ke Unit Forensik, Hospital Labuan untuk dibedah siasat

“Tarikh bedah siasat belum dapat ditetapkan. Setakat ini kematian itu diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat