LLS : Resilience & Triumph bakal temui pencinta muzik 18 Mei ini

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Istana Budaya (IB) akan memulakan kempen geraknya dengan persembahan seni bertaraf antarabangsa melalui program Lambang Sari Series (LSS) oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Bertemakan Resilience & Triumph bakal menemui pencinta muzik di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 18 Mei ini.

Menerusi kenyataan IB, Ketua Pengarahnya, Zubaidah Mukhtar berkata, rebutlah peluang keemasan untuk menonton dan merasai sendiri program IB yang dipentaskan bertaraf antarabangsa dengan lebih dekat dengan anda.

Katanya, tahun lalu, LSS dijayakan oleh OSK membawa kegemilangan muzik klasikal barat berhasil mendapat sokongan masyarakat Malaysia menerusi hasil jualan tiket (full house) bagi keseluruhan siri di pentas Panggung Sari.

Kali ini, persembahan Resilience & Triumph jam 8.30 malam itu akan dikemudikan oleh Nasran Nawi selaku konduktor disertai seramai 39 orang pemuzik OSK dan 39 orang pemuzik jemputan, bakal menyuntik kelainan

Selain itu, penampilan istimewa pemain piano solo, Muzaffar Abdullah merupakan figura hebat, anak jati Malaysia, yang sering mengadakan masterclass di dalam dan luar negara dan tidak asing di Asia dan Eropah.

Muzaffar merupakan tenaga pengajar di Conservatoire International de Musique de Paris, Conservatoire de Noisy-le-Grand dan Conservatoire de Rayonnement Departmental de Gennervilliers.

Persembahan 39 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan OSK dan 39 pemuzik jemputan bertemakan Resilience Triumph dikendalikan oleh konduktor terkenal Nasran Nawi di Dewan Filharmonik Petronas DFP 18 Mei ini Foto Hafiizh Alias

“Komposisi lagu akan dipersembahkan dari komposer barat terkenal seperti Hector Belioz (Roman Carnival Overture, Op.9), Maurice Ravel (Piano Concerto for the Left Hand in D Major, M. 82) dan Jean Sibelius (Symphon No.2 in D Major, Op. 43).

Pastinya, gabungan hebat di bawah pimpinan Nasran akan memberikan rasa teruja dalam menghayati muzik klasikal barat, ”katanya lagi.

“Harga tiket dan lokasi yang menarik untuk LSS: Resilience & Triumph dapat menjanjikan pengalaman menakjubkan sekali seumur hidup untuk anda semua.

Buat julung kalinya IB menerusi Kempen Gerak yang dilancarkan tahun lalu, persembahan anjuran IB ini dapat dipertontonkan di luar daripada pentas Panggung Sari, IB, ”ujarnya.

Tambah kenyataan itu, tiket persembahan Resilience & Triumph dijual serendah RM88, RM108, RM180 dan RM280 (suite/perseat) dan tempahannya hanya di laman sesawang DFP iaitu https://www.dfp.com.my/lambang-sari-series-resilience-and-triumph

Tiket mula dijual dan harga promosi dan turut diberikan sebanyak 30% kepada penjawat awam (GOV30) dan warga emas (SENIOR30).

Setiap pembelian perlu disertakan dengan kod diskaun dan ID, manakala bagi pelajar dan pemegang kad OKU boleh membuat pembelian terus di kaunter DFP Box Office dengan mempamerkan kad pelajar dan kad OKU.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari portal dan di platfom media sosial IB atau menghubungi Unit Perhubungan Awam, IB di talian 03-4026 5555 atau e-mel ke [email protected]

“Panggung Sari IB kini masih belum beroperasi disebabkan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunannya dan dijangka beroperasi semula pada 2026, selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026).

Februari lalu, IB telah memperkenalkan tiga programnya iaitu Lambang Sari Series, Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia dan Teater Muzik Puteri Hang Li Po, ”tambah kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat